Pages

Fakta Mengenai Kucing Yang Mungkin Kita Tidak Tahu

Salam, Mari-Mari kita nak share something dengan semua yang ada nih . Kali ni nak share tentang kucing . Kenapa kucing ? Saya pecinta kucing okeyy ! CAT LOVER EVER wahh gituu .

Fakta Tentang Kucing :
1. Haiwan peliharaan boleh dimandulkan atas sebab kebajikannya dan masyarakat berdasarkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) iaitu “bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah.”
2. Kedua-dua kucing dan manusia mempunyai kawasan sama pada otak yang mengawal emosi.
3. Kucing mempunyai 230 tulang dan 500 otot rangka, berbanding manusia dengan 206 tulang dan 650 otot rangka.
4.  Tulang selangka kucing tertanam pada otot di bahagian bahu, membolehkannya melepasi mana-mana bukaan sebesar saiz kepalanya.
5. Pendengaran kucing jauh lebih sensitif iaitu ia boleh mendengar sehing­ga 65 khz (kilohertz), berbanding manusia dan anjing. Pendengaran manusia terhenti pada 20 khz.
6. Kucing boleh melihat enam kali lebih tajam pada waktu malam berbanding manusia dan hanya memerlukan satu per enam daripada cahaya yang diperlukan manusia. Luas pandangannya adalah 200 darjah.
7. Kucing berbulu putih suci dan bermata biru selalunya pekak. -,-
8. Sepuluh peratus daripada tulang kucing berada pada ekornya dan ia digunakan untuk mengimbangi tubuhnya.
9. Kucing tidak sukakan bauan limau.
10.  Kucing menggunakan misainya untuk menjangka jarak dan mengesan perubahan kecil dalam tekanan udara.
11. Kucing terdiri daripada pelbagai jenis baka antaranya Polydactyl, American Curl, American Wirehair, Asian Semi-Longhair, Bambino, Munchkin, Bombay, Sphynx, Ragdoll, Turkish Van, Abyssinian, Birma, Siam, Parsi, Norwegian, Maine Coon, Aegean, American Bobtail, Brazilian Shorthair, British Shorthair, British Longhair dan Burmilia.
12. Kucing minum air menggunakan bahagian bawah lidahnya.
13.  Kucing berjalan di atas jarinya. Ia juga boleh melompat lima kali ganda daripada ketinggiannya.
14. Kajian sains mendapati, perbuatan membelai kucing boleh menurunkan tekanan darah tinggi seseorang.
15. Kucing juga didapati memberi tindak balas lebih baik kepada wanita berbanding lelaki, kemungkinan disebabkan wanita mempunyai suara lebih nyaring.
16. Kucing berjari enam biasa terdapat di Boston dan Massachusetts, Amerika Syarikat.
17. Pada Perang Dunia Pertama, kucing tinggal bersama askar di dalam khemah dengan tugasnya membunuh tikus.
18. Masyarakat Mesir Purba menganggap kucing haiwan suci dan dan patung kucing yang mereka bina adalah berdasarkan kucing daripada baka Abyssinian.
19.  Kucing tidak terdapat dalam zodiak Cina tetapi wujud dalam zodiak orang Vietnam.
20. Kucing betina sa­ngat subur dan ia bermakna setiap anak kucing yang ada boleh mempunyai bapa yang berbeza.

Nahh hamekaw! Terbaik fakta yang aku baca daripada MyMetro . Kita boleh baca dan jadikan sebagai pengetahuan am tapi janganlah terlalu percaya . Aku sendiri baca pun sekadar untuk menguatkan lagi pengetahuan am aku tentang kucing . Al-maklumlahhh kat rumah eden ni ada ENAM ekor kucing yang semuanya galak-galak belaka . HAHAHA Kalau nak tahu pasal kucing ni memang banyak gila info kita boleh dapat . Memang sampai tak terbaca . Ini hanya sebahagian yang aku rasa okay untuk nak dikongsi bersama . Sila baca . 

oh ya, sila click sini untuk lihat video-video kucing aku yaa . LOL

Chop, nak promote sikit gambar-gambar kucing aku ni : 

yeah my one and only HERO !
Baju tu aku beli di Pavilion .
RM50 weh . Sayang punya pasal, belikan satu

Bajet comel je tu

Awww

Kalau tengok camera suka buat terkejut

"mummy mummy nak Koko Crunch"
candid kononnya

Haaa, ini lah BFF + Musuh terhebat dalam rumah aku
Selalu bergaduh tapi still duduk sesama

See, duduk sebelah-sebelah gituu

konon samseng lerr ni

Nak bergaduh pun atas katil aku
Pandai cari tempat nak wrestling

opss lupa nak bgtahu, hero aku ni dah jadi bapak okay !
LOL anaknya semua 5 ekor . hok belakang dia tuu

awww generasi seterusnya

kecik-kecik dah pandai bergambor .

ini mengada-ngada sikit HAHA
So, inilah antara gambar yang boleh aku share . Don't worry aku akan selalu hapdet pasal kucing-kucing aku . LOL Tak minat ? Sokeyh, gua takda hal bro . 

bye bye . Tengah kerja ni . Harini kerja malam . Pisang habis !

17 comments:

  1. masyaAllah comelnya kucing sume! :)

    ReplyDelete
  2. HEHE mekasih . kucing ni semua lyn bela dari kecik . dah ada anak dah pun hehe

    ReplyDelete
  3. Sumpah comel gila kucing-kucing tu =D

    I'm a cat lover tu, geng2 . Hihi .

    Fakta no.7 tak boleh blah!

    Hihi, saya ada kucing pekaklah kalau mcm tu . HAHA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHA tapi betul ke fakta no 7 tu ? emm rasanya sama je semua kucing . HAHA yeah kita catlover . seppp sikit ! heee

      Delete
  4. I love this story.Sebab sy juga salah seorg pengemar kucing.So,semoga kucing2 wak sihat semua yea.Smile 4rever.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks buddy :) kalau ada pape pasal kucing, share la yaaa hee

      Delete
  5. huargg, so cute especially yang pakai baju tu :3
    sedih sebab a few months ago anak kucing sy mati :(

    Minat river flows in you ? kalau ada masa check out my cover kat blog sy, ada kucing sekali dlm video tu :D

    ReplyDelete
  6. Wahhh... kucing-kucing tu nampak comel la...
    tapi saye tak suke kucing, idk why!
    lol... sorry for my bad melayu...

    anyway, nice to meet you dear... :)

    ReplyDelete
  7. comelnye kucing. jelessss. haha. nak jugak persian seekor kasi ada anak banyak2 ;p

    ReplyDelete