Pages

Penang My Hometown Part 1

Salam, 

Aku tiba-tiba macam teruja nak bercerita dengan anda-anda semua dan anda di hujung belakang tuu HEHE . Cerita tentang apa ? HAHAHA Tentang Penang atau lebih tepat lagi aktiviti ketika aku berada di Penang iaitu rumah abah ! Well, kalau balik Penang tak sah kalau tak merasa masakan mak tiri aku yang sememangnya originally dari Thailand punya style. Ini betul-betul piorrr dari Siam punyaaa bakkhang ! Lepas tu memang tak sah kalau tak pergi pasar pagi, memang tak sah kalau tak pergi makan di luar wahh gituu . Korang mesti tak sabar nak follow entri ni dari sekarang sampai habis kan kan kan ? Ek eleyhhh Rilex, Chillex, Sabaq sat . Meh ni nak mula dari hari pertama . *dancing*

Hari Pertama :

Okaylah, aku balik Penang pada 28/06/13 - 30/06-13 . Tiga hari tapi tak puas tahu ! Gerak dari Penang pukul 6pm . Memang silap masa la gerak time ni sebab jem dia perghhhh boleh retak tulang kaki ni . Sampai Penang tepat jam 11pm . 5 jam . Okay standard la tu kann . Malam tu sampai dah takde buat apa-apa, lepak dengan abah sambil tengok tv . Tengok 2 Fast 2 Furious kat TV3 . Sempat layan 1 jam ceritanya . 

Malam sebelum tidur abah dah tanya "Esok hampa nak makan apa untuk pagi? Nak nasi lemak daging ? Teluar setengah masak?" Wahhhh gituuu . Abah bab makan memang concern dia 1001% punya . HAHA Lepas tu masing-masing semua tidur . Perghh penat kan . 

Hari Kedua : 

Pukul 8am abah dah mula ketuk-ketuk kuali, buat-buat bersin di dapur . Tahu sebab apa? Haa inilah taktik dia untuk bagi semua orang bangun . Abah memang tak suka orang bangun lambat. So kalau balik rumah abah tu, siapa yang berhasrat nak tidur lambat, pastikan mental dan fizikal anda bersedia untuk bangun awal . HAHA *poyo* Memang dari dulu abah begitu . Disiplin adalah nombor satu dalam hidupnya . 

*Sebab tu dulu masa sekolah, kehadiran saya selalu penuh gituuu . Bangun pagi tak pernah missed okay . HAHA Kalau rasa tanak pergi sekolah tanpa sebab, jawablah dengan abah dulu

Okay tutup-tutup bab tu . So pagi lepas breakfast dengan abah, auntie (mak tiri), tunang dan adek aku, abah suruh ikut pergi pasar . Abah suruh tunang aku hantar aku dengan auntie pergi pasar . HAHA Jadi driver siot ! Pasar Bayan Baru siapa tak tahu kann . Hok paling femes dalam Bayan Baru . Ecehh . 


merket bak hang !

Ramai orang betul
Jalan berlanggar-langgar , macam nak tampo je orang kt sana

Mariy mariy beli sayorrr

Cute sangat sayur diaa
Wah lama kot tak datang sini . Dulu masa duduk dengan abah rajin ikut abah atau auntie pergi merrkettt . Aww rindu pulak zaman-zaman itu . anononom . Okay, lepas selesai beli barang nak dimasak, balik rumah . Abah pulak ajak pergi check kereta . Okay, ikut lagi . Balik rumah pastu, tengok-tengok auntie dah siap masak . Perghhh lajunya mak itew ni masak . Tahu-tahu dah siap masakan yang menjadi kegilaan ramai orang iaitu Daging Masak Hijau Pedasss gituu 


Terbaik wa cakap lu
Baru nak recall balik bahan-bahan dan cara masak benda ni, untuk aku try skill aku buat di rumah nanti . Well, "Lagipun lagi berapa bulan ja cek nak nikah ni, so cek nak gilap balik la skill memasak cek ni hok lama terbengkalai ni ." -,- WHATEVER Lyn . Dah terlepas untuk tengok masakan ni . At last auntie suruh goreng udang tepung jea . SEDIHHH . T___T

Sambil tolong-tolong masak, aku memang suka lari-lari ke depan, pergi tengok tv kejap, online kejap, tengok-tengok handphone HAHAHA Kekadang kacau-kacau kucing kesayangan abah, kira HERO abah lah . Chop, the best part adalah abah panggil aku "Lyn, meh ni tolong abah sat ni abah tak paham macam mana nak guna Facebook ni" "Omg abah? Are you sure you asked me to teach you how to use facebook?" LOL Ketaq lutut cek ni . Tapi takpa, anak-anak Pak Marzuki semua celik IT, takkan nak biarkan otai buta IT . Cucu-cucunya pun tahu apa itu "fb" HAHA takkan grandpa dia nak kalah . Aku pun tunjuk lah kat mana "notifications", kat mana "friend request" "mana nak tengok orang yang sedang online" Elok-elok tunjuk yang warna hijau tu orang tu tengah online, terus abah tegur kawan dia dengan menggunakan "What's up, Bro?" Walawehh abah pun advance okay. Pandai hip hop hip hop wa cakap lu . Oh ya, meh ni nak tunjuk hero abah . Kucing warna hitam, berkilat, muka garang kononnya padahal hati lembut


Tengok la ngengade ni

kacau banyak-banyak memang terus merajuk
Tengah merajuk lah ni
Inilah kucing kesayangan manja Pak Marzuki . Uihh kucing ni kalau jatuhkan barang bagi pecah, kalau sepak apa-apa barang, gigit, cakar barang sampai rosak, duduk atas apa-apa barang lagi-lagi barang kesayangan Pak Marzuki, perghhhh tak pernah weh kena marah, memang tak pernah kena marah, itu pasal kucing ni mengade-ngade . Memang spoil habis! Cuba kalau anak-anak Pak Marzuki buat camtu, kalau terjatuhkan barang perghhhh memang satu Bayan Baru dengar kitorang kena jerkah bakk hang ! HAHA So kucing ni kira memang untunglah sebab ditatang bagai minyak + air + ikan kembung + whiskas yang sangat-sangat penuh ! Tak Tahu la aku macam mana nak describe betapa sayangnya abah pada dia . Jelessss taww ! gggrrrr


Meja abah ni dia duduk takpe,
kalau aku duduk agak-agak hampa apa jadi?
LOL

Tengok ah bajet garang, padahal nak cakar orang pun tak berani
Cukup-cukuplah nak jeles dengan menatang yang innocent ni . HAHA Akhirnya siaplah masakan auntie untuk tengah hari ini . Semua masakan ni dah dibooking dua minggu sebelum sampai Penang . HAHAHA Memain nokss penangan air tangan auntie ni . Makan tengah hari dengan begitu lahap sekali . Macam orang tak makan setengah hari HAHA Mari-mari jamu mata kalian mariiiii 


Daging Masak Hijau

Udang Goreng Tepung

Ikan Siakap Stim
Requested by Tunang
Thanks auntie

Kerabu mangga
Requested by Tunang
Thanks auntie

Hidangan makanan tengah hari :)
Thanks auntie
Love You

Semua selamat masuk ke perut setengah jam kemudian
Amacam? Terliur tak tengok masakan yang simple tapi padat dengan keenakan yang tiada bandingan wah gituuuuu Thanks to my Auntie . Nyum Nyum *sambil aku taip, sambil aku post gambar ni actually dah berkali-kali ni telan air liuq ni . Entah lepas ni bila pulak nak dapat merasa lagi ni . Haihhh 

Selesai makan tengah hari, semua pakat jadi ulaq sawa . Lepak depan tv . 15 minit kemudian emmmmm abah ajak makan deriannnnnn pulak . Dessert katanya bro! HAHAHA Layan la dekat 5-6 biji . Bukan 5-6 ulas okay . Kebetulan semuanya Hantu Deriannnnn makin rancak abah kopek deriannn tuuu


Dia tolong jaga takot hilang
Lepas makan derian, abah cakap " lepas ni siap-siap la nak p uma Fateen (Awek Adek Aku) mak dia kan ada buat makan-makan sebab Syafiq balik . Nak jumpa bakal menantu dia"  Aku dengan tunang macam " HAH? WHAT? Makan lagi? Hah? Ok bai" Perghhh I need Instant Digestion please . *jerit dalam hati* Jerit kuat-kuat kang abah dengar . Pukul 2:30 petang gerak la ke Sungai Petani . Memang nak pergi Sungai Petani (SP) sebab nak jumpa kawan lama sekali . 

Orang kata rezeki jangan ditolak . Perghhh memang macam-macam ada, kuih ketayap, kuih cucur badak, kuih karipap dan laksa . Yang paling tak boleh bla, semua makanan yang mak Fateen dengan Fateen siapkan ni semua pebret abah . "Pandai betul amek hati bakal pak mertua dan bakal besan nohhh . Amboyy kemainnn" HAHA Memang laksa abah bedal dua pinggan, ketayap dua pinggan, cucur badak sepinggan . Duduk kejap borak-borak, rupanya Fateen buat kek coklat lagi untuk kami semua makan . Sedappp pulak tuuu . Abah siap cakap " fatin hang abes belajaq, haa hang boleh belajaq bahagian masak-masak, boleh bukak kedai makan ka, kedai kek ka . Pandai hang masak noh" Tudiaaa abah, kemain puji-puji depan itew ni, sentap itew . Adek aku sengih-sengih macam tongkang pecah . Bangga katanyaaaaa . Cop, gambar takde sebab time tu, layan laksa tangkap leleh habis, lepas tu kenyang duduk diam-diam dengar abah bersembang dengan bapak Fateen, alih-alih lupa dah nak ambik gambaq . So sad . Kalau tak boleh share dengan korang makanan-makanan yang depa sajikan . HEHE Sorry . Selesai makan, cakap dgn abah nak pergi AmanJaya Mall nak jumpa kawan, Syafiq selamber rock "nak bawak atin p jalan-jalan sama" Terus dapat green light . 

So, terus gerak ke Amanjaya Mall . Untuk entri jumpa kawan-kawan lama nanti aku hapdet . Penat dah taip ni . 

Bersambungggg.....

No comments:

Post a Comment