Pages

Penang My Hometown Part 2

Salam,

Okay nak sambung balik aktiviti aku masa di Penang baru-baru ni . 


Hari Ketiga :

Pagi ni abah tak buat-buat bunyi apa-apa tapi tahu tak apa yang bunyi ? HAHAHA Blackberry saya yang berbunyi ! Rupanya handphone BB aku lupa nak off alarm, jadi pukul 5:30am dah berbunyi alarm tu . Elok sangat charging BB kt hall, memang bergaung bunyinya, memang kuat sampai abah, auntie semua terbangun sendiri LOL . Aku pun tersedar tapi buat-buat tak dengar, last-last abah yang bising "awat bunyi henpon hang tak benti-benti, pukui 5:30 dah bunyi kuat" Opss sorry . Aik, abah pulak bising ? HAHA Pagi tu ialah hari yang dinanti-nantikan. Sebab apa? Haaa sebab nak pergi breakfast di Transfer Road . Roti Canai Transfer Road bak hang terbaik dalam pulau . Cer tanya orang Penang sapa yang tak taw kat mana Transfer Road tu . Artis ramai okay ke sana makan walaupun gerainya hanya di tepi jalan dan dihiasi dengan longkang okay . Tapi, kesedapannya memang buat orang takkan lupa . Okay, kalau datang makan kt Transfer Road ni, aku mesti order Roti dua keping + daging . Abah punya orang tu tak payah tanya, memang dia dah tahu apa air minum abah, apa makan abah, macam mana gaya makanan abah, apa abah nak, apa abah tanak . Memang tip top . Abah datang, abah perlu duduk sahaja . HAHA Time ni, abah ada perli aku "in tanak amek gambaq ka? Ni roti canai transfer road ni rugi tak amek gambaq" Okay fine......


Teh Tarik di superbbbb

Ini dia roti canai dua keping + daging

Ini di kedai makan dia . tepi jalan . simple

Seronok tunang itew mamam . 

Suruh abah senyum, malu-malu plak
Ini dia air minum abah 

Auntie kekenyangan

my lil brahhhhhh malu malu plak
Kalau balik ke Penang, mesti satu hari datang makan di sini. WAJIB . HAHA Kalau tidak, tiada makna bagimu pulang ke Penang . Bila order, memang cepat sampai . Hangat-hangat lagi roti dia . You guys should try this . Tak tahu tempat ? Tanya orang depa boleh bagi direction . Memang terbaik . Best friend aku pon dah pernah sampai sini okay . HAHA Tempat best, mana boleh lupa bawak dia kih kih kih Cuba la tanya best friend aku, tara mana sedap makan kat sini . Takkan menyesal punya lah kalau makan kat sini bakk hang ! Makanan dia takde la mahal mana . Masih mampu untuk mencuba .

Oh ya, selalu aku kalau lepas jamah roti canai + daging, aku mesti order telur setengah masak dengan roti bakar . Perghhhh ini lagi satu menu yang amat tangkap leleh punya . Terbaik . Makan satu kali tak cukup punyaa . Aku kalau makan makanan ni, boleh p dua pinggan . Jangan duk buat main dengan perut aku ni . Kalau dia kata nak, nak lah . HAHA


ni diaaa ni diaaaa
Actually, kat rumah pun abah selalu buat macam ni, kira aku belajaq makan benda ni sejak abah ajaq aku makan macam ni lah . Makanan ni, letak serbuk lada, kicap masin perghh layan.
Lagi satu tempat femes yang teringin nak makan macam ni dekat Ipoh . Tapi aku lupa kat area mana . Boleh cuba buat di rumah kalau sesapa teringin sangat kan lepas dah tengok gambar terbaik aku bagi ni . LOL 

Selesai makan, balik rumah lepak jela . Sebelum tu singgah pergi beli deriannn untuk Aloi bawak balik Kuala Lumpur bagi Aloi . Yela, Aloi dah nanges-nanges guling-guling dah (tipu sikit) call Auntie cakap nak derian HAHA Abah punya perangai, kalau anak-anak dia mintak nak makan apa-apa pun, dia akan cuba dapatkan sampai dapat walaupun susah . Kegigihan seorang ayah gituuu Thanks Abah .


"Nah Rm50, gua beli untuk anak gua di KL ni bro"

Pilih-pilih

Selesai beli deriann, balik rumah . Mintak abah complete kan borang-borang nikah aku, borak dengan abah pasal Pad Lexee , pasal Sabun Beras Kolagen , pasal persiapan kahwin, cerita pasal kereta semua . Yela sementara tunggu nak makan tengah hari . Menu untuk hari ini sebelum gerak balik ke Kuala Lumpur ialah Nasi Ayam Abah ! yeay! Abah kiter buat nasi ayam . Memang ini yang ditunggu-tunggu juga . Untuk nasi, auntie yang buat . Siap pakai beras Moghul hok beras panjang-panjang tu . Sedapppp . Ayam pulak abah yang buat . Adilkan ? HEHE Kami bertiga tukang makan . Ini dia Nasi Ayam Abah


Waduhhh mengancam !

Nasi Ayam stim !

Bab potong-memotong ayam dan penyediaannya memang serah pada otai

Well, terbaik
Muka tak mandi HAHA

Eceh, menggedik dengan adek memang kena ada
Ayam seekor, kerabu mangga, sup perghhh . Kenyang . Tambah nasi 2x . Eheee Abah cakap "makan kenyang-kenyang nanti balik KL takdak lapaq sangat" Aww so sweet abah . Sambil makan biasalah abah duk bercerita la cara dia belajaq buat nasi ayam ni dulu semua . Emm Selesai makan, duduk kejap lepas tu berkemas nak pulang ke KL . Awww dah kena balik ? Tak bestnyaaaaaaaa . 

Pukul 3 gerak balik ke Penang, salam abah dengan auntie . Sedihh . Cium peluk Tam (Kucing kesayangan abah) HAHA Sebelum balik, singgah dulu beli ole-ole untuk mama, family tunang . Apa lagi kalau bukan jeruk HEEE . Kali ni saja try beli jeruk kat Jeruk Madu Pak Ali kat Sg Nibung . Jalan nak ke tapak pesta tuuu . 


Jeruk Madu Pak Ali

berbaloi-baloi

Pening nak pilih



Macam-macam ada

boleh testing lagi

paket-paket punya
Dekat setengah jam duk pilih jeruk kat sini . Siap beli cucuk peneram makan dalam kereta . HEHE sedap rangup . Opss takde gambaq . Lupa nak snap . So gerak balik jam 4ptg, sampai KL tepat pukul 9malam . Jemmmm sungguh dari Ipoh ke Kuala Lumpur . Esok nya nak kena hantar adek aku balik Alor Gajah, kolej Unifield . Okayy nanti sambung lagi untuk perjalanan ke Melaka . 

Thanks sudi baca entri kiter ni . HAHA

1 comment: