Highland Tower Seram

Hello everyone,

Movie Time ! 

Highland Tower . Sebut je Highland Tower mesti teringat kejadian tahun 1993 . Kejadian Highland Tower runtuh . Seramnyaaa . Dah 20 tahun rupanya kejadian itu berlalu . Tahun 1993 masa tu aku baru belajar merangkak rasanya . LOL Baru-baru ni, lepas keluar cerita Highland Tower di pawagam, aku dengan husband decide nak pergi tengok . Tapi, sebelum tu aku google segala-galanya tentang Highland Tower ni . Sejarah tentang apa yang terjadi, bila terjadi, kat mana terjadi, berapa orang mati, nama-nama orang yang terbunuh . Semua ini bagi aku perlu kita ambil tahu supaya kita akan lebih faham dan fokus apa sebenarnya terjadi . Baca blog tentang Highland Tower pun dah bikin bulu roma aku tegak gila ! HAHA Sekarang, masa tengah menaip ni pun aku rasa seram sangat . Meremang bulu roma aku ni . -,-





Aku tak pernah lalu di kawasan ini, sebenarnya aku sendiri memang tak tahu apa-apa pasal Highland Tower ni . Tak tahu pun wujudnya kawasan ni . Lihat betapa uttnya aku ni . Bila keluar pasal filem ni, baru tergedik-gedik, terkinja-kinja nak tengok . Tengok gambar atas ni pun dah cukup buat aku terbayangkan macam-macam . Kalau ditinggalkan sorang-sorang kat sini lagi la aku tak tahu apa jadi kat aku . T____T









Filem Highland Tower menampilkan konsep “found footage” yang mampu membuat anda merasai pengalaman sebenar pelakon yang menemui entiti yang mampu meremangkan bulu roma anda.
Dengan sedkit sentuhan dari Pierre Andre terhadap footage yang dirakam dan disusun menjadikan satu naskah seram bagi mereka yang selama ini tidak mempercayai kewujudan makhluk halus ini.
Pada asalnya, ia merupakan projek dokumentari yang diterajui oleh Mikail Andre dan Niezam Zaidi yang berminat mengkaji tentang entiti ini.
Disebabkan minat mereka yang mendalam dan juga faktor kegagalan sebelum ini membuatkan mereka bercadang untuk mencubanya sendiri di lokasi sebenar Highland Tower. Lokasi yang pernah berlakunya kisah tragis pada tahun 1993.
Untuk merealisasikan impian, mereka berdua telah propose proposal kepada pihak MiG untuk mendapatkan sedikit dana, peralatan dan tenaga kerja untuk menjalankan pengambaran dokumentari ini .
Antara krew yang terlibat :-
  1. Eddy Rauf
  2. Atikah Suhaime
  3. Shima Anuar
  4. Adibah Yunus
  5. Zairi Zainal
Sinopsis Filem Highland Tower.
Kisah bermula mengenai Mikail dan Nizam yang mempunyai idea untuk membuat short dokumentari di sebuah lokasi seram iaitu Highland Tower.
Pada malam pertama di lokasi, krew ini telah ditimpa kejadian aneh. Dimana :-
  • Ternampak kelibat bayang lalu di depan kamera mereka
  • Bunyi bingit sewaktu buat sound recording.
  • Lighting (lampu kamera) tiba-tiba terpadam (bukan masalah bateri)
  • Sewaktu blackout beberapa saat, Shima Anuar (pengacara rancangan) hilang dari depan kamera dan berada di luar bilik.
  • Based (lokasi pertemuan/tempat letak barang) mereka berselerak. Kerusi disusun dalam kedudukan aneh.
  • Rakan yang menunggu di Based hilang. Sedangkan mereka sepanjang masa lepak di Based.
  • Shima Anuar berkelakuan aneh.
  • Atikah dirasuk meracau-racau dan berlari keluar bangunan.

Keadaan tidak terkawal menyebabkan krew terpaksa meninggalkan lokasi dan berjumpa dengan seorang ustaz untuk berubat.


Malangnya, Shima Anuar yang mereka bawa bukannya rakan yang mereka kenali. Tetapi mereka terbawa benda lain yang menumpang dalam tubuh Shima.
Maka krew dan ustaz kembali ke lokasi kejadian untuk mendapatkan semua Shima Anuar yang sebenar dan memulangkan semula benda ke tempat asalnya.
Rasanya banyak dah aku bercerita pasal benda ni . Jadi, kalau rasa nak tengok dengan lebih banyak, dekat lagi pergi la serbu pawagam berhampiran anda . Wah gituu . Chop, gambar-gambar diatas aku ambik dari Hye Bro . Untuk cerita ni, 5/5 sebab memang terbaik . Malaysia pun dah hebat okay sekarang . Apa filem luar buat, kita jugak boleh buat . SYABAS !

Thanks for reading . 
K bai

3 comments:

  1. satu ketika dulu tpt ni jadi tpt melepak remaja " pesta " pada sambutan tahun baru ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul . dalam tu siap ade tempat pemujaan Black Metal lagi tuu
      Seram betul

      Delete
  2. tgh layan highland tower .. skrg 2021 masa pkp., ;p

    ReplyDelete