Pages

Bajet Tunang Lyn Marzuki

Tiba-tiba rasa nak kongsi serba sedikit tentang hal-hal pertunangan saya yang berlangsung pada 16 Disember 2012 lepas . Tak salah kalau nak tolong-tolong bagi sikit panduan atau info untuk mereka yang ingin bertunang . Ada ke yang nak review pasal ini di blog saya? HAHA *lempang je sekali!*

Orang kata, bertunang ni tak perlu hebat-mengebat sangat, cukup sekadar apa yang perlu mengikut adat . Tapi, bila Lyn observe pasal ni semua majlis tunang dah macam majlis sanding. Oh untuk majlis Lyn, simple . Semudah 1,2,3 . PANGGG!

Okay kita mulakan :

Baju : 
Untuk baju, Lyn cuma cari yang simple dan ikut warna tema. Lyn beli baju kurung biasa sahaja . Warna merah merun kosong cuma letak batu bagi naik sikit corak bajunya . Lyn survey dengan mama dan tunang di "Semua House" di Jalan TAR . Mama cakap di Semua House semua ada kalau sesiapa tengah mencari barang-barang persiapan kahwin . Baju kurung tunang Lyn ni, Lyn buat pakai untuk raya sekali nanti HAHAHA 2 in 1 . JIMAT 

Harga : RM300

Catering : 
Catering sponsor by Pak Marzuki . Abah Lyn ler . Catering yang abah ambil ni daripada kenalan-kenalan dia juga, jadi harga abah yang deal. Janji mulanya nak 50-50 dengan abah, tapi abah cakap dia nak bayarkan . Alhamdulillah . Jimat banyak di situ . Terima kasih abah
Harga : Sponsor

Hantaran (dulang & aksesori)
Dulang decide dengan mama nak beli . Kalau sewa takut lagi mahal . Jalan-jalan dengan mama dan Laron dalam "Semua House" jumpa dulang yang menarik . Satu dulang harga RM15. Murah kan. Berat dulang tu pun boleh tahan . Beli tujuh dulang sebab hantarannya tujuh sahaja . Dalam Semua House jugak beli barang-barang untuk gubahan hantaran, hiasan hantaran,alas dulang, reben, manik-manik . Hantaran semua mama yang buat . Kalau nak beli barang-barang macam ni pergilah dengan orang yang celik dalam dekorasi atau pun yang otak kreatif . Kalau pergi dengan kekasih hati yang jenis blur, diam memang apa pun tak beli rasanya nanti . 
Harga : RM400

Barang-barang hantaran Lyn :


Lyn --> Tunang :
Sepasang Baju Melayu 
Cincin Silver
Coklat
Kek
Buah
Tuala
Sirih Junjung
Harga : RM600

Tunang --> Lyn :
Sepasang Baju Nikah
Cincin Risik + Cincin Tunang
Sejadah+Telekung
Sirih Junjung
Coklat
Harga : RM1600

* Rasa macam lebih baik tempah hantaran jer sebab macam dah terlebih bajet. hmmmm..

Mini Pelamin
Mula-mula taknak buat mini pelamin, tapi ramai suruh buat . Memandangkan buat di Penang rumah abah, so cari mini pelamin pun area sana . Mini pelamin Lyn daripada The House Of Red Gincu . Cantik mini pelamin dia . Simple dan memang cantik . 

Harga : RM500

Make Up
Make up untuk tunang Lyn tak nak beriya sangat . Simple sahaja . Make up oleh bakal adik ipar Lyn namanya Eka Perindu . Dia tak kisah pun Lyn bayar berapa . Tapi Lyn memang puas hati dengan make up dia . Simple, natural dan nipis . Takdela muka ni rasa berat . Untuk tunang tak perlu la nak make up artis . Membazir je tapi kalau bajet banyak boleh aje nak melaram . Masing-masing punya suka . 
Harga : RM200

Door Gifts
Ni pun penting jugak walaupun hanyalah bertunang. Ni salah satu cara Lyn appreciate tetamu yang sudi bertandang tengok muka dan makan dekat rumah Lyn . So Lyn pun survey untuk door gifts ni dekat internet . Lyn pilih Mamaleli Homemade Chocolate . Menarik semua chocolate kakak ni buat . Lyn pilih Oreo Chocolate sebanyak 100 biji . Untuk sebiji harganya RM1.70 . Sedap ramai yang puji door gifts Lyn comel hehehe

Harga : RM1.70 x 100 biji = RM170 

Photographer
Lyn takde photogpraher yang diterbangkan khas HAHAHA . Photogpraher oleh kawan-kawan dan juga oleh Eka Perindu . Selepas dia make up, dia lah yang terkejar-kejar ambil gambar Lyn . Baik hati betul . Boleh tengok gambar tunang Lyn di album beliau . Seperti Lyn ingatkan awal-awal tadi, tunang sahaja so jangan banyak membazir , selagi kita mampu lakukan sendiri, kita perlu lakukan . JIMAT . *melainkan ada orang nak sponsor, terimalah dengan tangan terbuka* LOL
Harga : FOC


Penginapan 
Memandangkan Lyn lakukan majlis pertunangan Lyn di Penang, rumah abah jadi Lyn perlukan penginapan untuk kawan-kawan Lyn dan juga adik-beradik Lyn sebab rumah abah penuh dengan barang-barang Lyn . Lyn mahukan keselesaan untuk mereka jadi Lyn carikan "homestay" . Nasib baik belakang rumah abah ada homestay dan masih kosong . Jadi Lyn sewakan untuk dua hari . Homestay yang sungguh selesa iaitu Bayan Baru Family Homestay yang sememangnya dekat sangat dengan rumah abah . Senang nak ulang-alik LOL 
Harga : RM200 x 2 hari = RM400

Kos Perjalanan 
Dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang merupakan satu perjalanan yang panjang . Lebih kurang 4-5 jam . Lyn drive sendiri dengan kereta Lyn balik ke Penang okay . Betapa kentalnya aku. Tapi bukanlah sendirian . Lyn ditemani oleh Qaz , Ayong , Eka Perindu dalam kereta . Abang Lyn follow dari belakang dengan gf dia Sa . Bila bawak kereta sendiri, minyak dan tol pon sendirian berhad . 
Harga : Minyak (pergi balik) - RM120
            Tol (pergi balik) - RM100
            Makan minum - RM200 (sepanjang perjalanan)


TOTAL : RM4,590 . 


WOW banyaknya . Pada mulanya bajet Lyn bawah 3k . Bila dah ditambah itu ini, maka akan bertambahlah jumlahnya . Ok frankly, Lyn memang independent dalam hal ni sebab Lyn tak nak menyusahkan orang . Cuma orang yang Lyn dah susahkan untuk persiapan majlis tunang Lyn ni adalah mama dan tunang Lyn of course la kannn 
Jadi, inilah serba sedikit tentang persiapan majlis tunang Lyn yang bagi Lyn simple . Simple pun makan 4k lebih . Jadi, sesiapa yang nak bertunang tu, pandai-pandailah aturkan apa yang perlu, apa yang wajib ada, apa yang tak perlu, apa yang boleh lebih kurang . Sekali seumur hidup pun bukan alasan yang kukuh untuk kita membazir dengan banyak . Perbincangan bajet adalah amat penting . 

3 comments:

  1. wow...boleh tahan juga perbelanjaan tunang...^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHA barang sekarang mahal la yang

      Delete
  2. wahh...boleh dijadikan panduan ni :)

    ReplyDelete