Pulau Perhentian Part 2

Salam,

Hari Kedua 25/05/13

Pagi yang indah . Pagi itu bangun dengan perut yang lapar . Bilik kitorang comp breakfast untuk DUA BELAS ORANG . Hebat . Pagi tu bangun masing-masing mandi untuk turun bersarapan . Sarapan di Senja Bay Resort memang layan habiss . Sarapan yang disediakan seperti nasi lemak, telur hancur, roti bakar, sosej, bihun goreng, mi goreng, air panas, jus buah, air mineral . Kitorang menikmati sarapan bersama . 

Selesai bersarapan, masing-masing bersiap untuk snorkeling . Snorkeling akan bermula pada pukul 10:30 pagi . Tepat 10:30pagi boatman pun sampai . Semua semakin teruja . Hari ini kitorang akan snorkeling untuk lima points : 


Shark Point
Fish Point
Turtle Point
Rumah Api
Romantic Point

Mula-mula semua macam, "lima point sahaja?" "bukan enam points ke?" 

okay ready for snorkeling

semua dah tak sabar



Point yang pertama, Shark Point . Semua dah menggeletek nak terjun . Tak sabar nak tengok shark katanyaaa . Inilah pertama kali dalam hidup Lyn snorkeling . Takut sebenarnya tapi semua terjun, so terpaksa beranikan diri . Semua seronok sampai lupa dah jauh sangat selam cari shark . Orang pertama surrender nak balik ke bot cuba teka siapa? HAHAHA Lyn Marzuki lah siapa lagi . Perghh penat sangat . Lepas tu, sorang demi sorang balik ke bot . Ini baru first point ! HAHAHA Kitorang ada lagi empat points . Bayangkan penatnya macam mana. 

Kemudian ke point yang kedua, Fish Point . Di sini macam-macam ikan ada . Semua ikan datang dekat-dekat . Lagi-lagi kalau kat tangan kita ada roti, memang diserbu habiss . Whoa first time tengok ikan betul-betul depan muka . HAHAHAHAHA 

Di sini pun orang paling sekejap turun adalah Lyn Marzuki lagi . Orang kedua ialah Alai . Masing-masing penat . Lagi satu pakai life jaket memang menyusahkan kitorang untuk berenang . Bagi yang tak tahu berenang memang wajib pakai . Kalau tak, tak tahu nak cakap apa. Point kedua ni memang dah surrender sebenarnya . 

ehemm iolss la ni

Aww my hero !
see berlagak tanak pakai life jacket
tahu la pandai berenang
masa ni kat Fish Point
Cantiknya ikan-ikan kat sini
masa ni kat Fish Point
Cantiknya ikan-ikan kat sini

masa ni kat Fish Point
Cantiknya ikan-ikan kat sini


*Ini semua gambar yang kitorang tangkap sendiri . Cuma guna camera abang Arih je . Bukan gambar-gambar kat Google okay . Harap maklum . 


Kemudian kitorang ke Point ketiga iaitu Turtle Point . Bagi Lyn point ni yang paling comel sebab turtle semua comel . Besar besar pulak tu . Macam biasa, penat so Lyn cepat-cepat naik ke bot . 





Sekarang kitorang akan menuju ke Kampung Nelayan Pulau Besar untuk menikmati makanan tengah hari . Makanan di Pulau Besar, Kampung Nelayan memang terbaik dan murah . Murah berbanding di Pulau Kecil . Makan kenyang-kenyang di sana . Makan tengah hari yang power ! Dalam keadaan basah tanpa segan silu duduk di meja makan . Kebanyakan yang datang makan memang semua dalam keadaan basah . Kebetulan hari itu ada majlis perkahwinan di depan kedai makan kitorang makan tu . Nampak pengantinnya datang dengan bot . So sweet . 


lunch time

geng perhentian
Selesai makan, semua pulang ke bot dan terus ke rumah api untuk meneruskan aktiviti snorkeling . Kali ini, Lyn macam nak menangis sebab air laut kat rumah api tu dalam sangat, angin kuat, ombak kuat . Susah untuk lyn berenang . Penat sampai tertelan-telan air laut uolss.
Gagah jugak berenang ke bot dengan Ayong . Naik je ke bot, relax . Relax sambil tengok yang lain seronok macam beruk lompat-lompat dari rumah api tu . Batak habiss . Last sekali ke Romantic Point . Di sini lebih seronok sebab terdapat banyak ikan nemo, karang yang cantik-cantik . 


my hero



Maka, selesailah snorkeling kitorang . Pukul 5 petang pulang ke chalet dengan keadaan yang penat teramat sangat . Bersihkan diri, relax . Abang-abang yang bersama kitorang, lepas mandi terus berjalan ke Long Beach . Jam 6:30 petang kitorang pun turun untuk mencari makan . DINNER TIME ! HAHAHA Hari ini malas nak menapak ke Long Beach sebab semua dah penat . So decide makan dekat Amelia's Cafe di Coral Bay . Makan malam tu semua sekali RM160++ . Standard la lapan orang makan .

Sebelum tu, petang tu sempat lagi kitorang lepak depan chalet sebab nak tengok "Sunset" . Nyaman dan tenang setenang air laut depan kitorang ni HAHA











Selesai makan malam, pulang lah ke chalet . Penat . Esok nak balik dah . Ini sahaja aktiviti kitorang untuk hari ini . 

Bersambung....

No comments:

Post a Comment