Angin Petang Di Pangkor

Salam,

Petang pukul 4 macam tu kitorang keluar untuk ambik angin. Shuben cakap " jom petang ni kita food hunting" Iolss bab makan ONZZ jer . Jadi, petang tu ronda-ronda naik motor cari kedai-kedai minum sekali nampak orang jual durian. Ok jom kita try durian pangkor tengok camana perginya -,- . Iolss makan seulas sahaja, lain semua Ucop n shuben bedal. Kitorang ambik sebiji jer RM20. Iolss makan benda lain, ayam penyet . Moh lerr try nasi ayam penyet pangkor. HAHAHA RM7 Air semua total makan kt sini RM30 . 




Lepas makan sini, kitorang berjalan ke depan sikit cari air kelapa. Saje nak minum air kelapa petang-petang angin sepoi-sepoi bahasa gitteww . Air kelapa fresh sebiji RM6. Kitorang ambik 2 biji total RM12. Sedap sangat pulak rasa air kelapa ni sambil-sambil duduk tepi laut gitteww . 







Lepas dah minum air kelapa, kitorang naik motor pusing-pusing tengok kawasan Teluk Nipah ni. Sememangnya kawasan Teluk Nipah ni kecik sahaja. Tips, kalau yg datang berdua untuk hanimon ke, atau datang dengan family kecik mcm kitorang ni, aku nasihatkan sewa jela motor. Jimat dan cepat. Dengan moto yg aku sewa ni, dah semua kawasan aku pusing. Hebatnyaaaa akuu ! 

Okay, dah pusing-pusing ni sebenarnya nak cari laksa mee pangkor yg ramai la duk cakap kt pangkor ni femes. Pusing cari tak jumpa. Tanya penduduk sana ada cakap kena pergi kt kawasan yang kitorang p beli makanan laut tadi. Lagi satu diorang cakap petang-petang gini takde dah laksa mee tu . Nak pergi makan kena masa tengah hari. Emm weolss ingat laksa mee tu layan petang-petang rupanyaaa tengah hari buta. Okay lah tiada rezeki.
Tapi takpe, taknak menghampakan mood food hunting kitorang, kitorang pon singgah satu kedai ni. Tengok ramai orang. Mesti sedap . Kat sini kitorang order bihun sup dengan laksa. Air Sirap limau ais dengan neskafe o ais. Total kt sini makan RM15.




Ya ternyata memang sedap. Shuben cakap " abang ni terer buat air"  dan rasa air sedap gila. Okay, bayangkanlah aku dah makan ayam penyet, lepas tu minum air kelapa. Lepas tu makan benda alah ni lagi. Anda rasa saya ada masa untuk rasa lapar? HAHAHA Selesailah makan petang-petang di Pangkor, Pukul 6 camtu kitorang balik chalet. Rest sekejap dan korang tau la apa rutin aku tiap kali balik chalet. HAHAHA


Day 2 total lost Par 2:

Makan Durian&Ayam Penyet - RM30
Air kelapa - RM12
Makan - RM15


TOTAL : RM57.00

No comments:

Post a Comment