Trip To Pulau Pangkor Part 3

Salam,

Aktiviti petang selesai. Kita ke aktiviti malam pulak. Apa lagi kalau bukan dinner. Okay, malam ni kitorang dinner kat gerai sebelah gerai semalam kitorang makan. Tempat kalini tengok memang orang ramai. Jadi target kitorang okay tempat ni mesti sedap. Lepas maghrib kitorang pun keluar untuk dinner.






Nama kedai dia Restoran Meni Aini . Kedai no.3 . Kitorang ambik Set A tu. Makanan kali ni sedap dan bagi kitorang berbaloi.


Day 2 (dinner)
Set A RM50
Siakap bakar + tomyam campur + kangkung belacan + sotong tepung + air sirap limau ais + neskafe o ais
Add on 
Total lost : RM50
Makanan kat sini OKAY . Sedap dan puas hati . Murah pun murah bagi aku utk 2 orang RM50 jurrr . Recommended . alhamdulillah

As usual #babyAY enjoyed the moments .
Selesai makan malam tu, jalan-jalan ambik angin malam. Oh ya, iolss sempat la buat henna kt sorang sis ni . Dia buat part time henna je, siang dia kerja kat salah satu chalet kt area Teluk Nipah ni . Sambil buat henna kitorang sembang-sembang kopi . RM10 je utk dua belah tangan. Lupa nak snap gambar . Kemudian balik chalet nak kemas-kemas baju semua esok dah nak balik. 

Malam tu tido agak awal sebab agak penat . 

Day 2 total lost  Part 3:

Dinner - RM50
Air Minum - RM6 (stok dalam chalet)
Inai - RM10

TOTAL : RM66.00

No comments:

Post a Comment