Trip To Pulau Pangkor Part 4

Salam,

Okay harini check out . Pagi-pagi pukul 9pagi bangun malas nak keluar ke mana-mana, mintak shuben keluar cari sarapan. Bawak baby Ucop naik motor pergi beli sarapan. Iolss buat apa? sambung la tido haha tak lahhh . Iolss kemas segala baju semua lepas tu relax-relax depan bilik sambil tunggu sarapan. Shuben beli nasi lemak dua bungkus + roti canai dengan air. Hari ini hari Sabtu, kitorang bersiap untuk check out, tp orang lain semua baru nak check in. Macam aku cakap entry sebelum ni, nak datang Pulau Pangkor ni elok datang hari Jumaat-Ahad. Kira hari happening lah . Actually, aku punya planning memang nak datang time orang tak ramai sebab kami nak lepak santai-santai. Tak nak serabut-serabut gitteww . Alhamdulillah, sepanjang 3 hari (Khamis-Sabtu) kami kat sini semua jalan lancar dan kami enjoy giler . Takde rasa penat, runsing atau apa-apa memang takde langsung. Semua OK.

Ok, sambung balik . Tepat jam 12 tgh hari, kitorang check out. Pergi ke reception serah kunci kemudian mintak FO situ tolong call kan mini bus untuk pickup kitorang dan hantar ke Jeti Pangkor. Dalam 10min je tunggu sampai la mini bus hok warna pink tuu . Dia tolong angkatkan barang kitorang. Bayaran RM15 sahaja.

Sampai jeti terus tunggu next feri. Tunggu dalam 20min camtu sampai lah feri. Masa balik kalini ramai betul manusia dalam feri. Dalam 15min maka sampailah di Jeti Marina. Alhamdulillah. Kami teruskan perjalanan pulang ke KL. Shuben decided untuk lalu jalan dalam sebab dia nak tengok pemandangan sawah katanya.

Dalam perjalanan pulang, singgah beli air kelapa nira tak silap . Iolss kureng suka tp shuben suka gila. Dia beli dua cawan terus.


tepi jalan je
Lepas tu terus lagi perjalanan kitorang sampai ke Sabak Bernam singgah makan di Restoran Lembah Bernam. Dia jual makanan2 binatang eksotik okay ! HAHAHA Iolss tak makan . Iolss cuma makan nasi +lauk ayam biasa je



Ini lah kedainyaaa
Ini makanan iolss ayam kampung + ulam
Burung puyuh goreng, shuben punya

Udang masak lemak cili api, shuben punya
Kenyang alhamdulillah. Total makan di sini RM60. Puas hati.
Akhirnya sampai KL jam 8 malam . 
Selesai sudah percutian bajet kami sekeluarga .


Day 3 total lost  :

Mini Bus - RM15
Lunch - RM60
Air Minum - RM8

TOTAL : RM83.00

No comments:

Post a Comment