Pages

Ayam Masak Merah Simple

Salam, Hello everyone .

Baru-baru ni, buat ayam masak merah untuk makan tengah hari . Saja nak share resepi kot-kot ada yang nak mencuba atau masih baru nak belajar-belajar buat macam aku ni . HEHE

Bahan-bahannya :

  1. Ayam yang telah digoreng
  2. Sos tomato ( kalau suka sos cili,letakkan sos cili)
  3. Garam
  4. Serbuk perasa
  5. Gula
  6. Air
  7. Cili kering kisar 
  8. Bawang besar (untuk hiasan)
Bahan-bahan untuk dikisar : (semua dikisar sekali)
  1. Halia
  2. Bawang putih - 1 biji
  3. Bawang merah - 2 biji
Cara-caranya :

Mula-mula, gorengkan ayam terlebih dahulu .

Gaulkan dengan garam dan kunyit


Goreng ayam seperti biasa . Jangan terlalu garing jangan terlalu separuh masak . Seeloknya sehingga bunyi minyak menjadi kurang/perlahan *tips dari bapak aku*

Ini hasil bahan yang dikisar
Halia, bawang putih dan bawang merah


Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia yang dikisar tadi sehingga naik bau .


Kemudian masukkan cili kisar . Kacau sampai kelihatan garing dan naik bau . 
Lepas tu, masukkan sos tomato/sos cili . 
Masukkan sikit serbuk perasa, gula, garam, dan air . 
Kemudian kacau . 

Lastly, masukkan ayam yang digoreng tadi . Gaulkan sehingga sebati .


TADAAAAAAAAAAAAAA ! Dah siap . See, dah boleh makan . Kalau ada bawang besar, hiriskan kemudian taburkan atas ayam masak merah . Aku tak buat sebab LUPA T____T


Selesai sudah ayam masak merah saya . Di sini, aku selitkan sayur sawi goreng dan tempe goreng . Dah boleh menjamu selera . HEHE . 

Selamat Mencuba wahai rakan-rakan :)

Thanks for reading :)
Kbai

No comments:

Post a Comment