Pulau Perhentian Part 1

Salam, 

Kali ni, nak cerita pasal percutian Lyn ke Pulau Perhentian bulan Mei 2013 lepas . LAFiansFAMILY kali ini pergi cuma berlapan . Saya, Lyn Marzuki , Garlock Sham , Qaz Naem , Ayong , Alai , Ayoi , Zahar , dan Alep . 
 Percutian pakej 3 hari 2 malam ni Lyn ambil dengan abang angkat Lyn masa zaman Myspace tengah meletup-letup pungpangpungpang tu . Harga pakej yang ditawarkan RM280 seorang . 
Pakej tu termasuk sekali : 
*Chalet penginapan dua malam
* Boat Transfer
*Snorkeling (5 Points)

Untuk pengetahuan kalian, percutian ni penuh dengan kenangan pahit manis yang Lyn lalui . Let's go day by day . LOL

Trip kali ini kitorang pergi dengan menggunakan kenderaan awam gituu . Apa lagi kalau bukan bas . Ya, Kitorang menggunakan perkhidmatan Sani Express . Khamis malam berkumpul di tempat kerja Lyn . Kemudian ramai-ramai ke Hentian Putra . Bas pukul 10:30 malam . Penuh bersemangat sampai lupa nak bergambar . So tiada gambar untuk dipertontonkan HAHAHA
Naik bas semua mulakan aktiviti masing-masing iaitu tidur . Pukul 2 pagi sedar, bas berhenti di R&R Merapuh . Wah, Sani Express ade R&R sendiri uolsss . Makan di R&R okay semua . Pukul 3 pagi, mulakan perjalanan dan kitorang pun mulakan ketiduran . Sampai di Jeti Kuala Besut tepat pukul 6:30 pagi . Akhirnya sampai ! Yeah !!!

Hari Pertama 24/05/13

Sampai Jeti Kuala Besut, semua kelaparan . Sarapan pagi di jeti sementara tunggu "boatman" sampai untuk membawa kitorang ke Pulau Perhentian . Terkejut beruk sekejap apabila selesai bersarapan . Sarapan sahaja RM35 . Nasi lemak cuma tiga pinggan + air panas + air sejuk + kuih . Itu baru sarapan . HAHAHA Okay mood bercuti tidak seharusnya berkira walaupun harganya agak keterlaluan . 




Selesai makan Abang Judin a.k.a "boatman" kitorang pun sampai . Tak sabar nak naik boat laju-laju neh . Isi form untuk naik boat, rupanya boat kitorang dikongsi dengan 4 orang jejaka yang rupanya satu package dengan kitorang . Belum kenal memang tak selesa . Tapi so far mereka okay . Tak sombong . Sporting habis . 


otw ke Pulau Perhentian


Dalam 20 minit dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian . Layan habis air laut yang sememangnya memukaukan kita . Nasib baik Lyn bukan jenis mabuk laut . Semua senyap sebab seronok melayan angin laut yang kuat . Kebetulan dalam perjalanan ke Pulau Perhentian, hujan renyai . Cuaca mendung . Akhirnya sampai di jeti Pulau Perhentian dalam pukul 9:30 pagi . 

Sampai di jeti , kitorang diminta menunggu sehingga waktu checkin . Waktu checkin pukul 11.00 pagi . Dalam keadaan hujan renyai-renyai kitorang sempat bergambar dan relax . 


Jeti Pulau Perhentian
Coral Bay



Dalam menunggu rupanya ada masalah iaitu kekurangan bilik . Disebabkan itu, kitorang terpaksa berkongsi bilik dengan 4 jejaka tadi . Nak tanak terpaksa bertolak ansur . Rasanya tidak rugi dan tidak ada masalah berkongsi bilik dengan mereka kerana mereka sporting habis. Memang masuk kepala . Boleh berborak, bergelak, bergurau macam dah lama kenal . Itulah LAFIANS . Tak kenal erti sombong atau berkira . HEHEHEHE Bilik yang kitorang dapat memang puas hati . Ada empat katil single dan satu katil double . Pihak hotel bagi lagi enam tilam beserta bantal dan selimut . Bilik mandi ada dua, tandas ada dua . Memang selesa habis. Semua seperti adik-beradik . Seronok . 

Selesai letak barang dalam bilik, masing-masing keluar untuk mandi laut . Panas terik dah tak dihiraukan lagi , hitam pun hitam lah . Untuk pengetahuan semua pantai yang Lyn duduk ni namanya "Coral Bay" Tempatnya agak sunyi dan bosan . Lautnya cantik tapi dalam laut penuh dengan "coral" . Sakit kaki bila pijak . Jadi Lyn pun sewa "fin" dengan "mask" sebab nak menyelam . Dalam lautnya banyak dengan ikan Nemo . So colourful . Tapi, Lyn tak selam jauh pun macam yang lain . Lyn lebih selesa duduk di tepi laut ala ala duyung gituuu haaa 





Dengan panas teriknya, sangat tak tahan . Lyn balik ke bilik untuk mandi dan rehat . Petang dah janji nak keluar berjalan dan mencari makan . Sementara semua lelaki di luar tengah mandi laut, Lyn dengan Ayong cepat-cepat mandi, bersihkan diri . Petang tu sempat ambik gambar pemandangan depan chalet .


betul-betul depan chalet



Malam tu kitorang menapak dari Coral Bay ke Long Beach . Dari Coral Bay ke Long Beach adalah dalam 20 minit menapak . Kitorang kena naik bukit, turun bukit . Jalan gelap . So challenging but we had so much fun . Malam tu dinner di Long Beach . Makanan di sana memang agak mahal . Biasalah tempat percutian . Walaupun mahal, masih berpuas hati kerana kenyang dan makanannya sedap . Berbaloi . 

Bagi sesiapa yang dalam bajet yang kecik, bawaklah siap-siap bekalan dari rumah macam biskut, maggie cup, roti, air kotak,air mineral . Di sana takde tempat untuk membeli-belah . Duit akan banyak habis kepada makanan . Percayalah . Macam Lyn, Lyn memang suka makan jadi Lyn dah peruntukan duit makan Lyn . Untuk makan sahaja Lyn prepare RM300 untuk tiga hari berada di sana . Ikut pada bajet masing-masing . Mana lagi nak mencuba makanan laut yang fresh kalau bukan di sini . HAHAHA

Lepas makan, singgah shisha di Coral Bay . Normally, shisha di KL, RM15 kita rasa dah mahal sangat . Di sini, shisha sebalang RM25 . Memang tak cakap apa-apa . Diam terus . Betul-betul sedut punya kawan-kawan Lyn kat situ . HAHA Lepas shisha, berjalan pulang ke chalet dan tidur . Esok adalah hari yang di tunggu-tunggu ! Snorkeling !

Bersambung.....

No comments:

Post a Comment