Pages

Cheese Cake Marie Lyn Marzuki

Hello everyone . 

Guess what ? Today I made a cheesecake . I use the most simple recipes and easy ways to do it . Well, actually this is my first attempt, and I hope this will be successful cheesecake . 

Aku ni bukanlah dalam kategori pandai memasak, pandai membuat kek, pandai membuat kuih. Kalau nak diikutkan, aku ni memang agak pemalas . Kalau nak masak, nak buat apa-apa kena tunggu mood tu datang . haa gituu . Tapi, sejak-sejak dah kahwin, dah jadi isteri orang ni, mood untuk nak memasak, nak buat something tu semakin membuak-buak . Yela, kira nak yang terbaik untuk suami . Okay, back to the point . 

Dulu bagi aku, nak buat kek ni leceh . Memang leceh nak kena uli itu uli ini . Lepas tu nak kena jaga suhu bakar dia . Leceh gila . Paling takut, takut kek itu tak menjadi . AHAHA So, dari dulu sampai sekarang memang pangkah habis-habisan bab-bab nak buat kek . Dua tiga hari lepas, masa tengah kerja, memang takde kerja kat tempat kerja, so belek-belek blog orang . Sekali minat dengan satu blog ni dia tunjuk cara buat cheese cake . Tengok bahan-bahan dia, tengok cara buat dia memang SENANG dan SIMPLE . Dalam hati terdetik :

 "emm macam senang je nak buat, aku boleh buat ni" 
Lepas tu teringat, "oh kat rumah dah ada oven! Senang nak bakor-bakor" 

Salin resipi blogger ni . 

Jangan main-main chuolsss , buku tulis menjadi pilihanku
Semangat gila salin dengan harapan memang aku nak buat jugak . Nampak tak bahan-bahan nya? Okay kalau tak nampak, meh nak tunjuk 

Bahan-Bahannya :

  1. Buttercup (mentega)
  2. Biskut Marie (boleh tukar biskut digestive lain yang sesuai)
  3. Dua (2) Philadephia Cheese (semua supermarket ada) 
  4. Susu pekat (F&N)
  5. Sebiji (1) telur
  6. Strawberry / chip coklat/ choc rice (hiasan)


Simple kan bahan-bahannya? Hehehehe . Walaupun simple tapi kalau takde salah satu ni, susah nak menjadi . Okay untuk cheese cake ni ada dua layer . Kita mula dengan layer bawah dulu . 

First Layer : 
  • Biskut Marie dan Mentega
  • Hancurkan biskut Marie tu dalam bekas . Hancurkan sampai hancurlah . Nak guna blender pun boleh tapi nanti terlalu halus, tak rasa pulak biskut tu . Better hancur secara manual, hehehe macam ni :
Hancurkan macam ni 
 Hancurkan ni ambil masa tapi takdelah berjam-jam . So, sambil hancurkan tu, boleh la sambil tengok tv . Biar tengok tv tapi tangan berjalan yea . HAHA


Setelah dihancurkan
  • Lepas dah hancurkan, masukkan ke dalam loyang, kemudian masukkan mentega . Gaul sehingga sebati . Kalau biskut yang digunakan banyak, boleh masukkan kesemua mentega . Tapi kalau tak berapa banyak macam aku buat ni, letakkan 1/2 mentega pun cukup
  • Gaul sehingga sebati , kemudian ratakan dalam loyang .
Selesai First Layer . 

Sekarang kita buat Second Layer . Layer atas .

Second Layer :
  • Dua Philadelphia Cheese , 3/4 Susu Pekat dan sebiji telur .
  • Masukkan semua bahan-bahan ni, Gaul dan kacau sampai sebati . Sebati dan gebu .
Kacau kacau dan kacau sampai gebu
  • Dah nampak gebu, masukkan atas layer bawah yang kita buat tadi . (First Layer)
ratakan sikit
  • Taburkan choc chip atau pun choc rice untuk topping atau hiasannya .
  • Bakar dengan suhu 180 darjah Celcius selama 30-45min . 
  • Dah bakar 30-45min, check cucuk dengan garpu kalau masih melekat maknanya belum siap lagi tu, tambahkan lagi 15-20min lagi . 
  • Dah siap bakar, macam ni :

  • Masukkan dalam peti sejuk . Heeee Lepas tu siap :

Emmm first trial aku macam ni rupanya . Emm tak la secantik mana, tapi rasanya sedap . Kalau nak tahu dari mana aku dapat resipi ini, tekan SINI . Thanks to Kak Namee hehehe . Suka gila baca blog dia sampai aku khatam abes semua entry dia . 

So, Sesiapa nak try resipi ni, boleh la try . Senang, cepat dan mudah . Sama je rasa macam cheese cake dekat Secret Recipe yang berpuluh-puluh hengget tuu . HAHAHA

 

Selamat Mencoba !

Thanks for reading
K bai

1 comment:

  1. wow...cheesecake...nyummmy....lama dah tak makan cheesecake...huhu nnt nak try buat lah....thanks for the recipe ^^

    ReplyDelete