Cucur Hotdog Simple dan Mudah

Salam, Hello everyone .

Harini nak hapedet apa ek? Oh ya, jom aku nak share satu resepi yang tak seberapa ni . Resepi di mana chef-chef di Masterchef Malaysia All Star mesti tak pandang punya . LOL
Emm, petang-petang mesti ada antara kita suka buat cekodok pisang, cucur manis, cucur udang, cucur ubi, kerepek, macam-macam lah untuk minum petang. Betul tak? Buat untuk diri sendiri, untuk suami dan anak-anak, ibu ayah, keluarga semua betul kan kan ? Campur pulak dengan teh o' panas atau pun neskafe panas perghhhhhhhh hangat ! HAHA

Baru-baru ni, aku cuba buat cucur hotdog . Cucur bodoh-bodoh gituu . Dalam kepala otak dah tak tahu nak buat cucur apa so tengok apa ada dalam fridge, sebat je apa ada . Mula nak buat cucur ubi kentang, ubi kentang pulok takde, so nampak hotdog, why not kita cuba gantikan ibu kentang dengan hotdog heee . Jom tengok cara simple aku buat , Jeng Jeng Jeng !

Bahan-Bahan yang diperlukan :

  1. Tepung gandum - 3 atau 4 cawan .
  2. Telur 1 biji
  3. Hotdog - 1atau 2 batang potong empat segi (boleh gantikan dengan ubi kentang/udang)
  4. Air - 1/2 cawan
  5. Planta
  6. Garam - secubit
Dah cukup keenam-enam bahan ini , jom mulakan :


1) Hotdog potong empat segi macam ni . Ikut suka nak potong lima segi ke, tiga segi ke . Ikut kreativiti anda . Haaa gituu . Lagi banyak lagi sedap winkwink*

2) Lepas dah selesai potong hotdog, mulakan dengan masukkan tepung gandum ke dalam bekas untuk dibancuh seperti gambar di atas . Aku guna tepung gandum ni . Kalau tepung gandum brand lain pun boleh aje guna hehehe .

3) Kemudian, masukkan telur sebiji . Actually kalau tanak letak telur pun takpe, aku letak telur untuk biar cucur tu nanti bila dah masak, jadi lembut, rangup, wahhhhh sedap kann . Bila dah masukkan telur, masukkan garam secubit . Kemudian, gaulkan .

4) Masukkan air selang seli dengan gaulkan tepung tu . Air letak jangan terlalu banyak atau terlalu sikit . Kalau terlalu banyak, nanti terlalu cair tepung dia . Kalau terlalu sikit, nanti keras tepungnya . Masukkan air biar agak-agak tepung tu nampak macam smooth jer . HAHA

5) Lebih kurang nampak macam ni la tepung dia setelah digaul . Nampak tak? Biar nampak berketul-ketul tapi dalam keadaan cair . *Aku pun tak paham apa aku tulis ni*

6) Setelah dikacau, masukkan hotdog petak-petak comel korang tadi ke dalam cairan tepung . Macam di atas ni . Kemudian gaulkan lagi .

7) Lepas dah gaulkan hotdog dengan tepung, masukkan sikit planta . Actually kalau tanak letak planta pun takpe sebab hotdog selalunya dah memang cukup buatkan cucur tu ada rasa . Tapi, nak lebih sedap, masukkan sahaja . Kemudian gaul-gaul dan gaul . 

8) Kemudian, panaskan minyak, dan boleh mula menggoreng . Goreng dalam keadaan api yang perlahan supaya tepung di dalam dan hotdog dapat dimasak dengan betul . Minyak biar betul-betul panas . 



Nak lebih sedap, cicah dengan sos cili . Sos tomato pon boleh . Sos tiram pun boleh ! HAHA K k memain je . Sos cili atau Sos tomato okay ! Siap dan boleh dah makan depan tv . :)


Seeloknya hidangkan dengan air panas okay . Baru la minum petang namanya HEHEHE 
Okay, ini sahaja resepi yang boleh dikongsikan . Sila-silalah cuba okay .

Thanks for reading 
Kbai

No comments:

Post a Comment