Pages

Sausage Roll

Salam Maal Hijrah untuk semua umat Islam

Selamat bercuti semua walaupun sehari . Sehari itu amat bermakna . Ecehh . Okay, hari ini tangan ni saje nak cuba buat Sausage Roll untuk breakfast bersama suami dan mama . Simple je menu untuk breakfast ni, sendiri boleh buat, boleh olah tanpa tengok orang lain buat . Tapi biasalah untuk orang yang tak pandai memasak macam aku ni, aku memang kena tengok cara orang buat, dari situ baru aku boleh olah sendiri . Well, lain orang lain tangan, lain orang lain cara . Okay, semalam waktu bekerja, aku memang suka layan blog orang . Blog Walking bak kata bloggers semua . Walking punya walking, aku tertarik dengan sausage roll yang nampak sedap, senang dan simple . Perkara pertama, aku belek bahan-bahan dulu . Senang dapat ke tidak . Boleh buat ke tidak . Mahal ke tidak . Haa gituu . Penting yang itu semua . Kalau dah jenis memang duit banyak, boleh beli itu ini takkan ada masalah . Ye dokkk . HEHE

Okay, sausage roll ni sesuai untuk bersarapan, sesuai untuk minum petang dan juga sesuai untuk siapa yang lapar tengah-tengah malam tu kan HEHE . Buat 3-4 batang dah kenyang kalau makan . Okay bahan-bahan dia takdelah banyak mana pun .



Bahan-bahan :


  • Roti Gardenia (apa-apa roti tawar pun boleh)
  • Sosej (sosej ayam atau lembu)
  • Telur 2-3 biji
  • Planta / butter/ cheesedale  (Lyn pakai planta sebab lupa beli cheesedale . HOHO)
  • Nestum / serbuk roti (ini pun Lyn tak letak sebab lupa nak beli)

Okay ini antara bahan-bahannya . Senang dan simple bukan?

Mula-mula, penyek-penyekkan roti . Nak buang tepi-tepi pun boleh, tanak buang pon takde masalah . Macam ni :



Okay, dah penyek macam tu, sapukan planta/butter atas permukaan roti tu. Kalau siapa yang pakai cheese, terus letak cheese atas roti . Letak separuh boleh, letak sekeping terus pun boleh . Kalau separuh boleh dapat banyak, ikut suka hati anda . EHEHE


Sapu roti dengan planta supaya ada rasa . Sikit atau banyak ikut cara anda . Kemudian jangan lupa, pecahkan telur dalam 2biji seperti dibawah ini :


Kemudian, sosej akan dibalut dengan roti . Macam ni :


Balut dengan perlahan dan kemas-kemas kemudian gamkan hujung roti tu dengan telur . Gamkan supaya masa goreng nanti takkan terbuka balutan dia . Okay . Lepas dah balut dan digamkan akan jadi seperti ini :




Selesai balut, kita akan salutkan roti ini kedalam telur . Kalau ada nestum/serbuk roti, salutkan dengan telur dahulu kemudian salut pada nestum/serbuk roti, dan sekali lagi salut dengan telur, kemudian terus masukkan ke dalam kuali untuk di goreng .



Masukkan ke dalam kuali dan goreng hingga kekuningan, api dalam keadaan sederhana supaya tidak hangus . Jangan lupa masukkan minyak masak dan hidupkan gas api . LOL
Goreng hanya mengambil masa 5minit sahaja . Kemudian letak ke dalam pinggan untuk dihidangkan .



Okay, siap ! Boleh dimakan dengan sos cili atau mayonis . Boleh dimakan begitu sahaja . Rasa-rasa nak bawak bekal pergi kerja pun boleh. Lagi seronok untuk berkelah . Jimat sangat
Okaylah, inilah menu simple yang aku berjaya lakukan . Semua kata sedap . Huhuhu . Saya dapat resipi dari SINI . 

Okaylah, sesiapa yang nak try boleh try . Nak tanya apa-apa, tinggalkan komen anda di bawah

Thanks for reading 
K bai

4 comments:

  1. dap nyeeee ~ senang kan nak dptkan bahan2 dya . boleh try ! thanks for sharing ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. try jgn tak try . Simple sgt . Thanks for reading too !

      Delete
  2. waw semudah itu..nk kne buat ni..

    ReplyDelete