My Precious Baby

Salam,

Lepas hampir dua tahun baru nak hapdet kesah anak aku yang dah nak hampir masuk dua tahun. Takpe, lambat sikit at least tetap ada dalam blog aku ni. Ini perlu ditandakan sebagai kenangan manis bagi aku dan suami 


Our little baby boy, Aisy Yusuf bin Khairul Izman.
Boleh panggil Aisy, boleh panggil Yusuf, boleh panggil Ucop.
Baby AY pon bolehhhh okay

Nama ni dipilih sendiri oleh suami aku. Dia sendiri yang cari maksud nama ni dan dia sendiri yang decide nama ini untuk baby boy kami. Maksud "Aisy" ialah mewah, kaya raya, kemakmuran hidup dan "Yusuf" pula ialah nama Nabi iaitu Nabi Yusuf a.s . Okay,ini serba sikit tentang nama anak aku. settle . Kami mula cari nama untuk anak ni bila selepas dah confirm memang anak dalam kandungan aku anak lelaki. Lepas buat details scan, 3d scan memang doktor sahkan anak aku anak lelaki jadi terus suami fikir nama anak lelaki. takde langsung buat option untuk anak perempuan HAHA


Masa ni buat 5d@6d scan. Masa ni 27weeks macam tu. Memang confirm it's a boy!

sempat g tengok wayang ok kt Queens Bay Mall Penang

Okay, kalau nak throwback balik waktu-waktu nak bersalin, rasanya memang panjang. Sebelum bersalin dua-tiga hari sebelum tu sempatlah ajak suami tengok wayang haha. Oh ya, aku bersalin di Penang. GH Penang. Hospital kerajaan sebab condition aku masa pregnant memang tidak layak untuk beranak di hospital swasta.
Walaupun hospital kerajaan, servis dia tip top ok. Ini tak tipu.
Bilik air-cond, nurse yang baik sporting, keadaan bersih selesa.


Aku selamat melahirkan Aisy masa kandungan cukup 37 minggu. Atas sebab condition aku, aku dinasihatkan supaya beranak apabila kandungan aku cukup 37 minggu. Ini sebab aku ada diabetes dan juga high blood pressure yang kronik. Takut kalau 38@39 minggu nanti baby akan cepat besar. Aku juga dinasihatkan untuk bersalin secara C-Zer. Aku serah diri di GH Penang pada 8hb Januari 2018 pagi. Tapi sebelum tu aku sempat bedal nasi lemak sebungkus dengan roti canai banjir belakang hospital . PUAS HAHAHA 
Lepas tu, check in wad. Macam biasa lepas sorang-sorang doktor datang check itu ini bagi advise bla bla bla . Sampai la aku dapat tau aku akan jadi orang pertama esok masuk ke OT room untuk proses melahirkan. Nebesss dia takyah citer lah . HAHAHA
Esoknya semuanya berlaku dengan pantas, tau-tau je baby dah keluar dengan selamat, Alhamdulillah syukur.


Gambar pertama Aisy Yusuf selepas keluar dari perut. Fresh from oven. Gambar ni tak silap aku, kawan aku yang snap kan kebetulan dia bertugas bahagian wad baby jadi minta tolong dia snapkan. olololooooo anak mami <3


Daddy dia dukung dia. Seronok daddy dia. Manja sampai sekarang dengan daddy dia.
Terima kasih banyak pada suami aku, dari mula pregnancy aku sampai la aku melahirkan suami sentiasa disisi. Tak pernah gagal ikut aku pergi check-up di hospital dan juga klinik kesihatan ibu & anak. Tak pernah gagal penuhi segala kemahuan aku semasa aku pregnant. Tak pernah tinggal aku atau biar aku buat something sorang-sorang. Alhamdulillah suami aku terbaik bagi aku. 


Dalam 20 hari aku berpantang di Penang lepas tu balik ke KL . Bermulalah tugas aku menjadi seorang ibu kepada Aisy Yusuf. Alhamdulillah dari masa dalam perut lagi baby Aisy tak perrnah susahkan aku sampailah sekarang. Dia seorang anak yang independent sangat. Manja-manja tu biasalah tapi tak menyusahkan aku dan suami. 







No comments:

Post a Comment