JAMU MEK COMEY(CARA MINUM)



Salam,

Harini saya nak tunjuk cara-cara minum JAMU MEK COMEY ni . Boleh tengok pada video saya di atas . Cara minumnya sangat senang dan cepat . Yang penting, rasanya sedap dan senang untuk ditelan. 50ml setiap pagi sebelum sarapan dan 50ml malam sebelum tidur . 

RM25 sebotol

Kepada yang ingin membeli dan mencuba boleh Whatsapp saya +6017-8776982

COD : MERU,KAPAR,JALAN KLANG LAMA,TAMAN MEDAN,SEGAMBUT

Saya juga boleh pos melalui pos laju
Postage : RM9 SM
Postage : RM12 Sabah/Sarawak






JAMU MEK COMEY (JUS HERBA)





Mek comey adalah nama baru dari Jamu Seri Dara. Jamu yg berbentuk cecair supaya dapat diserap dgn lebih cepat & 100% dari herba & bahan semula jadi. 

Jus Herba Mek Comey hasil gabungan lebih dari 16 jenis herba asli dan tanpa vitamin campuran. Antaranya Manjakani, 2 jenis Temulawak, Kunyit, Halia, serapat, dan lebih 10 jenis herba lagi




.
Apa Kelebihan Mek Comey?
.
 Membantu menyegar & menyihatkan badan
 Menstabilkan hormon
 Merapat & mengetatkan otot faraj
 Melawaskan pembuangan air besar & kecil
 Mengempiskan perut
 Membantu mengurangkan masalah sakit lutut, pinggang & membuang angin
 Mengilangkan bau Miss V
 Menghilangkan keputihan
 Mengecutkan jerawat
 Menaikkan seri wajah
 Mencerah serta menglowingkan kulit
 Meningkatkan tenaga dalaman
 Memberikan bentuk badan yang menawan
 Menaikkan pinggul serta payudara
 Menghilangkan senggugut
 Merawat luka dalaman
 Mengurangkan kolestrol
 Merawat demam, batuk, selsema serta asma
 Memperbanyakkan susu ibu
 Meremajakan kulit/Awet muda
 Membantu mencegah masalah dalaman wanita


APA KESAN PERTAMA KALAU MINUM JAMU HERBA MEK COMEY?

Kesan atau tindak balas setiap individu adalah berbeza mengikut umur, tahap kesihatan, pemakanan dan masalah yang dihadapi.

Jamu Mek Comey dirumus khas membantu meningkatkan kesihatan melalui proses detox seterusnya nutrien dari herba akan memulihkan tahap kesihatan individu.

3 kesan pertama yang biasa dialami ialah :
 lawas pembuangan
 badan rasa ringan
 masalah yang dihadapi akan mula berkurang

















 Yang berminat nak mencuba atau sedang mencari dan ingin menambah stok boleh dapatkan dengan saya AGENT SAH Jamu Mek Comey ini .

WHATSAPP +60178776982
LYN MARZUKI


JAMU MEK COMEY

HARGA : RM25
POSTAGE : RM9 (SM) RM12 (SS)

COD : JALAN KLANG LAMA, TAMAN DESA, TAMAN MEDAN,SEGAMBUT (KL)
COD : MERU, KAPAR, KLANG (SELANGOR)































Bajet Pulau Pangkor

Salam,

Okay kt sini iolss nak bentangkan segala bajet Iolss masa di Pulau Pangkor.
Jom kira-kira.

Day 1 total lost :

Minyak kereta RON97 - RM85
Tol - RM15.70
Tiket Ferry - RM28
Air Minum - RM4.40
Lunch - RM14
Chalet - RM239
Package - RM200
Makan petang - RM6
Makan malam - RM62
sabun mandi + ubat gigi + jajan - RM19

TOTAL : RM673.10


Day 2 total lost  Part 1:

Breakfast - RM20
Air Minum - RM6 (Kota Belanda)
Makanan Laut - RM62
Lunch - RM17


TOTAL : RM105.00


Day 2 total lost Par 2:

Makan Durian&Ayam Penyet - RM30
Air kelapa - RM12
Makan - RM15


TOTAL : RM57.00


Day 2 total lost  Part 3:

Dinner - RM50
Air Minum - RM6 (stok dalam chalet)
Inai - RM10

TOTAL : RM66.00

Day 3 total lost  :

Mini Bus - RM15
Lunch - RM60
Air Minum - RM8

TOTAL : RM83.00


=RM673.10+RM105.00+RM57.00+RM66.00+RM83.00

=RM984.10

SELAMAT BERCUTI~

Trip To Pulau Pangkor Part 4

Salam,

Okay harini check out . Pagi-pagi pukul 9pagi bangun malas nak keluar ke mana-mana, mintak shuben keluar cari sarapan. Bawak baby Ucop naik motor pergi beli sarapan. Iolss buat apa? sambung la tido haha tak lahhh . Iolss kemas segala baju semua lepas tu relax-relax depan bilik sambil tunggu sarapan. Shuben beli nasi lemak dua bungkus + roti canai dengan air. Hari ini hari Sabtu, kitorang bersiap untuk check out, tp orang lain semua baru nak check in. Macam aku cakap entry sebelum ni, nak datang Pulau Pangkor ni elok datang hari Jumaat-Ahad. Kira hari happening lah . Actually, aku punya planning memang nak datang time orang tak ramai sebab kami nak lepak santai-santai. Tak nak serabut-serabut gitteww . Alhamdulillah, sepanjang 3 hari (Khamis-Sabtu) kami kat sini semua jalan lancar dan kami enjoy giler . Takde rasa penat, runsing atau apa-apa memang takde langsung. Semua OK.

Ok, sambung balik . Tepat jam 12 tgh hari, kitorang check out. Pergi ke reception serah kunci kemudian mintak FO situ tolong call kan mini bus untuk pickup kitorang dan hantar ke Jeti Pangkor. Dalam 10min je tunggu sampai la mini bus hok warna pink tuu . Dia tolong angkatkan barang kitorang. Bayaran RM15 sahaja.

Sampai jeti terus tunggu next feri. Tunggu dalam 20min camtu sampai lah feri. Masa balik kalini ramai betul manusia dalam feri. Dalam 15min maka sampailah di Jeti Marina. Alhamdulillah. Kami teruskan perjalanan pulang ke KL. Shuben decided untuk lalu jalan dalam sebab dia nak tengok pemandangan sawah katanya.

Dalam perjalanan pulang, singgah beli air kelapa nira tak silap . Iolss kureng suka tp shuben suka gila. Dia beli dua cawan terus.


tepi jalan je
Lepas tu terus lagi perjalanan kitorang sampai ke Sabak Bernam singgah makan di Restoran Lembah Bernam. Dia jual makanan2 binatang eksotik okay ! HAHAHA Iolss tak makan . Iolss cuma makan nasi +lauk ayam biasa je



Ini lah kedainyaaa
Ini makanan iolss ayam kampung + ulam
Burung puyuh goreng, shuben punya

Udang masak lemak cili api, shuben punya
Kenyang alhamdulillah. Total makan di sini RM60. Puas hati.
Akhirnya sampai KL jam 8 malam . 
Selesai sudah percutian bajet kami sekeluarga .


Day 3 total lost  :

Mini Bus - RM15
Lunch - RM60
Air Minum - RM8

TOTAL : RM83.00

Trip To Pulau Pangkor Part 3

Salam,

Aktiviti petang selesai. Kita ke aktiviti malam pulak. Apa lagi kalau bukan dinner. Okay, malam ni kitorang dinner kat gerai sebelah gerai semalam kitorang makan. Tempat kalini tengok memang orang ramai. Jadi target kitorang okay tempat ni mesti sedap. Lepas maghrib kitorang pun keluar untuk dinner.






Nama kedai dia Restoran Meni Aini . Kedai no.3 . Kitorang ambik Set A tu. Makanan kali ni sedap dan bagi kitorang berbaloi.


Day 2 (dinner)
Set A RM50
Siakap bakar + tomyam campur + kangkung belacan + sotong tepung + air sirap limau ais + neskafe o ais
Add on 
Total lost : RM50
Makanan kat sini OKAY . Sedap dan puas hati . Murah pun murah bagi aku utk 2 orang RM50 jurrr . Recommended . alhamdulillah

As usual #babyAY enjoyed the moments .
Selesai makan malam tu, jalan-jalan ambik angin malam. Oh ya, iolss sempat la buat henna kt sorang sis ni . Dia buat part time henna je, siang dia kerja kat salah satu chalet kt area Teluk Nipah ni . Sambil buat henna kitorang sembang-sembang kopi . RM10 je utk dua belah tangan. Lupa nak snap gambar . Kemudian balik chalet nak kemas-kemas baju semua esok dah nak balik. 

Malam tu tido agak awal sebab agak penat . 

Day 2 total lost  Part 3:

Dinner - RM50
Air Minum - RM6 (stok dalam chalet)
Inai - RM10

TOTAL : RM66.00

Angin Petang Di Pangkor

Salam,

Petang pukul 4 macam tu kitorang keluar untuk ambik angin. Shuben cakap " jom petang ni kita food hunting" Iolss bab makan ONZZ jer . Jadi, petang tu ronda-ronda naik motor cari kedai-kedai minum sekali nampak orang jual durian. Ok jom kita try durian pangkor tengok camana perginya -,- . Iolss makan seulas sahaja, lain semua Ucop n shuben bedal. Kitorang ambik sebiji jer RM20. Iolss makan benda lain, ayam penyet . Moh lerr try nasi ayam penyet pangkor. HAHAHA RM7 Air semua total makan kt sini RM30 . 




Lepas makan sini, kitorang berjalan ke depan sikit cari air kelapa. Saje nak minum air kelapa petang-petang angin sepoi-sepoi bahasa gitteww . Air kelapa fresh sebiji RM6. Kitorang ambik 2 biji total RM12. Sedap sangat pulak rasa air kelapa ni sambil-sambil duduk tepi laut gitteww . 







Lepas dah minum air kelapa, kitorang naik motor pusing-pusing tengok kawasan Teluk Nipah ni. Sememangnya kawasan Teluk Nipah ni kecik sahaja. Tips, kalau yg datang berdua untuk hanimon ke, atau datang dengan family kecik mcm kitorang ni, aku nasihatkan sewa jela motor. Jimat dan cepat. Dengan moto yg aku sewa ni, dah semua kawasan aku pusing. Hebatnyaaaa akuu ! 

Okay, dah pusing-pusing ni sebenarnya nak cari laksa mee pangkor yg ramai la duk cakap kt pangkor ni femes. Pusing cari tak jumpa. Tanya penduduk sana ada cakap kena pergi kt kawasan yang kitorang p beli makanan laut tadi. Lagi satu diorang cakap petang-petang gini takde dah laksa mee tu . Nak pergi makan kena masa tengah hari. Emm weolss ingat laksa mee tu layan petang-petang rupanyaaa tengah hari buta. Okay lah tiada rezeki.
Tapi takpe, taknak menghampakan mood food hunting kitorang, kitorang pon singgah satu kedai ni. Tengok ramai orang. Mesti sedap . Kat sini kitorang order bihun sup dengan laksa. Air Sirap limau ais dengan neskafe o ais. Total kt sini makan RM15.




Ya ternyata memang sedap. Shuben cakap " abang ni terer buat air"  dan rasa air sedap gila. Okay, bayangkanlah aku dah makan ayam penyet, lepas tu minum air kelapa. Lepas tu makan benda alah ni lagi. Anda rasa saya ada masa untuk rasa lapar? HAHAHA Selesailah makan petang-petang di Pangkor, Pukul 6 camtu kitorang balik chalet. Rest sekejap dan korang tau la apa rutin aku tiap kali balik chalet. HAHAHA


Day 2 total lost Par 2:

Makan Durian&Ayam Penyet - RM30
Air kelapa - RM12
Makan - RM15


TOTAL : RM57.00

Trip To Pulau Pangkor - Part 2


Salam,

Good morning Pangkor ! Day 2~~

Bangun pagi terus siap-siap untuk aktiviti snorkeling dengan SF Watersport Centre . Sebelum tu, kitorang decided breakfast kat cafe chalet je la. Breakfast start at 7.45am. Bayaran RM10/pax . Ucop FOC . Menu biasa jerr standard chalet . Ada mee goreng, roti bakar, red beans, sausage, kuih-kuih dan buah . Air oren, air kosong dengan teh. Bagi aku okay la RM10 dengan menu makanan macam tu. Puas dan kenyang sebab buffet style.




cafe Nipah Bay Villa






breakfast

Ni breakfast yang aku ambik. Semua aku punyaaa hahaha. Nampak macam biasa kan, tp bila dah rasa, dah makan korang akan rasa luar biasa sebab memang sedap. Masa ni roti sedang dibakar hehehe Takdelah makan banyak sangat sebab nak menyelam kejap lagi.
Uniknya kt sini, masa korang breakfast korang boleh tengok burung enggang depan mata. Burung enggang ni tunggu makanan sebenarnya. Shuben siap bagi diorang makan telur rebus okay hahahaha . 


ni satu gambar yg aku sempat zoom








Selesai breakfast, kitorang pon berjalan ke pantai, abang SF dah siap menunggu. Dia bagi kitorang life jacket, snorkel set. Ucop dah seronok jerit-jerit tengok laut. Jadi, kitorang akan ke 4 pantai dan 2 pulau . Naik satu bot besar. Laju gila bot tu hehehe. Tak banyak gambar aku ambik sebab laut kan barang semua nak kena jaga, anak lagi nak jaga. Tak cukup tangan. Lepas ni kalau pergi bercuti kemana-mana lagi rasanya kena hire potograper la. gittewwwwwww.


Swimsuit ni beli kt Shoppee jerr
RM23.50

OK ready
Maaf tak ingat ni pulau apa hehehe
Monkey Island
Nampak tak bentuk ikan paus 
Nampak tak buaya terdampar hehe
!st time nak snorkeling

Alhamdulillah he so excited

mommy with Ucop
Selesai buat semua aktiviti dalam pukul 10 pagi. Terus balik ke chalet. Mandi, bersihkan diri, bagi Ucop minum susu, siap-siap untuk nak keluar pergi beli souvenir sikit lepas tu jalan-jalan. Dalam pukul 11 macam tu kitorang pun keluar terus ke Kota Belanda. Mulanya ingatkan Kota Belanda ni besar gila. Rupanyaaa hehehe besher-besher ajer. Tapi untuk nak bergambar memang cantik la tempat dia. Masuk free tiada apa-apa bayaran. Kat situ ade kedai souvenir, kedai runcit. Masa kat sini beli la jugak air mineral, air kotak. RM6.







Iolss pun sempat la jugak melaram sikit .



Dalam setengah jam je kt Kota Belanda ni . Panas wehhh . Lepas daripada Kota Belanda, terus pergi cari makanan laut as a souvenir untuk member. 


Selesai memborong, terus cari kedai makan untuk lunch . lapo gila . Cari kedai makan masa on the way nak balik ke chalet ajer senang . Untuk lunch harini total RM17. Okaylah masih murah bagi aku. Kenyang pon kenyang, sedap pon sedap.


Lepas lunch, terus balik chalet sebab kiri kanan tangan penuh dengan bag plastik borong makanan laut campur dengan barang yg Dana kirim kt aku . HAHA So, balik chalet dulu letak barang, rest kejap macam biasalahhh apa kita buat........... bagi susu kat Ucop. Lepas tu? Biarkan Ucop tido sebentar. Ok aktiviti petang, sambung kt entry baru lah. Ni panjang sangat dah ni . 

Day 2 total lost  Part 1:

Breakfast - RM20
Air Minum - RM6 (Kota Belanda)
Makanan Laut - RM62
Lunch - RM17


TOTAL : RM105.00