Trip To Pulau Pangkor - Part 1

Salam,

Tiber rasa nak vitamin sea. Tiber je tau-tau sampai Pulau Pangkor. Hehe sebenarnya datang ke Pulau Pangkor ni plan last minutes. Sepatutnya bukan ke sini tapi atas sebab-sebab tertentu, akhirnya yaa aku disini. HAHA Saja nak share sikit pengalaman aku yang tak seberapa ni . Mungkin ada yang boleh dijadikan tips atau panduan korang . Well, rasa nak tau, bacalah sampai habis. Kalau boring sila stop! Ok jom mula

Aku pilih weekdays untuk ke sana, Khamis hingga Sabtu. Awal pagi Khamis dalam pukul 6 pagi camtu kitorang pun gerak . Siapa kitorang tu? Aku, shuben and the baby Ucop hehe. Bertiga jerr. Actually percutian ini untuk Ucop sebab dia suka sangat main air. Jadi fikir-fikir ok bawak dia pergi main air laut. Ok sambung balik. Gerak pukul 6 bawak kereta relax-relax jer. Oh aku buat bekal pagi tu, roti hotdog cheese. hehehe sebab malas nak berhenti untuk breakfast so weolss just breakfast in car gittewww . 


Highway with no jammed at all
Yeahhh dah sampai


Perjalanan kitorang dari Kuala Lumpur ke Jeti Marina lebih kurang dalam 3jam 30minit. Dari Kuala Lumpur, masuk highway PLUS hingga exit ke Sungkai. Dah exit Sungkai, akan masuk ke jalan perkampungan, jalan dalam la kiranya, lalu Teluk Intan, Setiawan sampailah ke Jeti Marina. Chopp Chopp kenapa pilih Jeti Marina, HEHE sebab yang paling utama, dari Jeti Marina ke Jeti Pangkor cuma mengambil masa selama 10-15min sahaja untuk sampai berbanding dari Jeti Lumut ke Jeti Pangkor mengambil masa 45min. Of Course la iolss nak yg cepat sampai hiksss . Sebenarnya bukan apa, takut shuben mabuk laut je. Ucop so far aku tengok dia layan je takde apa-apa masalah sepanjang perjalanan kitorang dari KL ke jeti. ALHAMDULILLAH. Ramai cakap bawak budak kecik ni susah, banyak benda nak handle. Yes, itu memang betul tapi kalau kita pandai atur dan handle dengan baik so takkan ada masalah. Jadi, rancanglah dengan baik.


Tiket ferry

Ferry Kuning 

Okay lets go!

Okay harga tiket ferry ni RM14/pax untuk pergi dan balik. Okay, apa korang kena buat dengan tiket ni? Korang beli tiket ni lepas tu kena simpan sampai korang nak balik nanti. Tiket ini untuk pergi dan balik. Selit la dalam wallet/purse korang elok-elok. Kalau hilang, hahaha kena beli semula . Ferry kuning ni dalam dia ada aircond. sedap je duduk . Disebabkan 15min je, tak sempat nak lelapkan mata pon hahaha . Tau tau dah sampai.






tak ramai orang pun .

The baby Ucop #babyAY
Shuben and Ucop
Pukul 9:50 naik ferry, pukul 10 tepat ferry bergerak ke Jeti Pangkor dan sampai kira-kira pukul 10.15 pagi. Okay, kat Pulau Pangkor aku cuma sewa motor. Nak jimat kos ehee takdelah sebab Pulau Pangkor ni kecik aje, naik motor pun dah cukup. Ok, aku sewa motor dengan SF Watersport Centre . Package snorkeling + island hopping pun aku ambik dengan company ni. So far aku puas hati dengan servis dia. Masa deal haritu motor kriss tapi bila sampai tau-tau dapat scooter, ok rezeki. 

Package aku :
Snorkeling + snorkel set + Island hopping ( 4 beaches +2 islands) - RM120
Motor 2days - RM40X2=RM80

TOTAL : RM200
Depo : RM50


Yang bestnye lagi, 1 boat memang cuma kitorang tiga beranak jerr HAHA
Kalau nak deal untuk snorkeling ke, jetski ke, apa-apa mainan air atau servis sewa motor,
contact dengan abang ni :

Hafiz - 012-5042760
Musa - 012-4806328


Welcome
Sampai kt Jeti Pangkor, so abang SF Watersport pon dah tunggu untuk bagi motor. Lepas tu, terus shoot ke chalet. Chalet aku duduk ialah Nipah Bay Villa. So far chalet dia OK dan selesa. Tapi, yang aku kurang puas hati dengan servis staff dia. Bukan mintak layanan 5 bintang, cuma mintak at least bagilah senyuman. Okay, takpe overall bagi aku tempat ni best untuk stay . Sunyi, nyaman, dan more to privacy. Ada kafe, ada library, ada tempat untuk lepak-lepak. Aku booking hotel ini melalui booking.com . Total untuk 3 hari 2 malam RM229. Ok, masa sebelum sampai chalet ni, aku call tanya nak check in awal boleh ke. Staff bagitahu kalau ade bilik okay boleh masuk. So, masa sampai chalet ni buat urusan check in, lepas tu dia mintak RM10 sebab nak check in awal. Emmm okaylah takpe, taknak rosak mood percutian ni takmo takmo so bayar jela RM10. Jadi total untuk chalet RM239.



Our chalet



selesa

Masuk bilik letak barang, buatkan susu untuk Ucop, bagi dia rest sekejap. Aku pon landing kejap upload 1-2 gambar. The best part is WIFI dia laju gila. Memang sedap relax dalam bilik main phone. Serious WIFI memang best. Takdelah bosan kan hehe. Lepas Ucop selesai minum susu, ok kitorang pon keluar cari lunch sebab dari pagi cuma makan roti hotdog wehh hahaha lapo lapo lapo. Naik motor ronda cari kedai makan. Pergi hari Khamis, memang banyak kedai makan tutup. Jalan-Jalan ronda jumpa kedai makan kt area Jeti Pangkor. Makan jela situ. Tips, kalau makan ambik lah lauk2 berunsurkan seafood kalau nak harga murah. Kalau ambik ayam boleh tahan mahal. hihi Lunch aku sekeluarga tengah hari tu, RM14. ALHAMDULILLAH kenyang. 


transportation kitorang sepanjang di Pangkor

ok im ready haha

my lunch
Lepas settle our lunch, kitorang ronda naik moto jalan-jalan tengok kawasan, Siap tapaw pisang goreng RM3 dengan air milo ais RM3 . tiber hujan turun terus balik ke chalet. Dalam pukul 1.30 lepak chalet sampai pukul 4. Lepak chalet buat apa, haha layan WIFI la apa lagi. Ucop siap tido sebab dia memang penat. Tapi dia enjoy. 

Pukul 4 macam tu kitorang keluar pergi main air laut. Air ombak kemain kuat oii . Oh ya abang SF Watersport tu siap bagi Ucop pakai life jaket lagi pinjam untuk Ucop main air petang tu. Lepak mandi air laut dalam 2jam, lepas tu balik ke chalet. 


tu hujung tu dua beranak main air tak hengar
Okay, malam lepas maghrib kitorang keluar untuk makan malam. Ini pon satu masalah sebab malam pertama semua kebanyakkan kedai makan tutup. Kedai makan yg aku buat research pon semua tutup. Dah jadi blank tak tahu nak makan mana. Perut semakin lapar. Pusing-pusing last-last makan jela kt kedai area depan chalet ni. Seafood Senang Hati.
TIPS, nak datang sini silalah datang pada hari Jumaat & Sabtu. Dua hari ni je selalu happening.







makan malam
Day 1 (dinner)
Set A RM55
Siakap stim + tomyam seafood + telur dadar + air sirap limau ais + teh o panas
Add on sayur kailan goreng biasa RM7
Total lost : RM62
Makan makin lama makin hilang rasa hahaha
Emm okay la but not recommended . Tp alhamdulillah
Tapi Ucop really enjoyed the food .
Esok try kedai lain . 



Lepas selesai makan malam yg kureng ni, nak balik chalet singgah tapaw jagung bakar dengan burger. Bekalan untuk tengah malam nanti lapo HAHA.
Malam tu pukul 1pagi baru tido, esok pagi-pagi nak pergi snorkeling.
Jom tidoo . 

Day 1 total lost :

Minyak kereta RON97 - RM85
Tol - RM15.70
Tiket Ferry - RM28
Air Minum - RM4.40
Lunch - RM14
Chalet - RM239
Package - RM200
Makan petang - RM6
Makan malam - RM62
sabun mandi + ubat gigi + jajan - RM19

TOTAL : RM673.10



Sambung....

My Precious Baby

Salam,

Lepas hampir dua tahun baru nak hapdet kesah anak aku yang dah nak hampir masuk dua tahun. Takpe, lambat sikit at least tetap ada dalam blog aku ni. Ini perlu ditandakan sebagai kenangan manis bagi aku dan suami 


Our little baby boy, Aisy Yusuf bin Khairul Izman.
Boleh panggil Aisy, boleh panggil Yusuf, boleh panggil Ucop.
Baby AY pon bolehhhh okay

Nama ni dipilih sendiri oleh suami aku. Dia sendiri yang cari maksud nama ni dan dia sendiri yang decide nama ini untuk baby boy kami. Maksud "Aisy" ialah mewah, kaya raya, kemakmuran hidup dan "Yusuf" pula ialah nama Nabi iaitu Nabi Yusuf a.s . Okay,ini serba sikit tentang nama anak aku. settle . Kami mula cari nama untuk anak ni bila selepas dah confirm memang anak dalam kandungan aku anak lelaki. Lepas buat details scan, 3d scan memang doktor sahkan anak aku anak lelaki jadi terus suami fikir nama anak lelaki. takde langsung buat option untuk anak perempuan HAHA


Masa ni buat 5d@6d scan. Masa ni 27weeks macam tu. Memang confirm it's a boy!

sempat g tengok wayang ok kt Queens Bay Mall Penang

Okay, kalau nak throwback balik waktu-waktu nak bersalin, rasanya memang panjang. Sebelum bersalin dua-tiga hari sebelum tu sempatlah ajak suami tengok wayang haha. Oh ya, aku bersalin di Penang. GH Penang. Hospital kerajaan sebab condition aku masa pregnant memang tidak layak untuk beranak di hospital swasta.
Walaupun hospital kerajaan, servis dia tip top ok. Ini tak tipu.
Bilik air-cond, nurse yang baik sporting, keadaan bersih selesa.


Aku selamat melahirkan Aisy masa kandungan cukup 37 minggu. Atas sebab condition aku, aku dinasihatkan supaya beranak apabila kandungan aku cukup 37 minggu. Ini sebab aku ada diabetes dan juga high blood pressure yang kronik. Takut kalau 38@39 minggu nanti baby akan cepat besar. Aku juga dinasihatkan untuk bersalin secara C-Zer. Aku serah diri di GH Penang pada 8hb Januari 2018 pagi. Tapi sebelum tu aku sempat bedal nasi lemak sebungkus dengan roti canai banjir belakang hospital . PUAS HAHAHA 
Lepas tu, check in wad. Macam biasa lepas sorang-sorang doktor datang check itu ini bagi advise bla bla bla . Sampai la aku dapat tau aku akan jadi orang pertama esok masuk ke OT room untuk proses melahirkan. Nebesss dia takyah citer lah . HAHAHA
Esoknya semuanya berlaku dengan pantas, tau-tau je baby dah keluar dengan selamat, Alhamdulillah syukur.


Gambar pertama Aisy Yusuf selepas keluar dari perut. Fresh from oven. Gambar ni tak silap aku, kawan aku yang snap kan kebetulan dia bertugas bahagian wad baby jadi minta tolong dia snapkan. olololooooo anak mami <3


Daddy dia dukung dia. Seronok daddy dia. Manja sampai sekarang dengan daddy dia.
Terima kasih banyak pada suami aku, dari mula pregnancy aku sampai la aku melahirkan suami sentiasa disisi. Tak pernah gagal ikut aku pergi check-up di hospital dan juga klinik kesihatan ibu & anak. Tak pernah gagal penuhi segala kemahuan aku semasa aku pregnant. Tak pernah tinggal aku atau biar aku buat something sorang-sorang. Alhamdulillah suami aku terbaik bagi aku. 


Dalam 20 hari aku berpantang di Penang lepas tu balik ke KL . Bermulalah tugas aku menjadi seorang ibu kepada Aisy Yusuf. Alhamdulillah dari masa dalam perut lagi baby Aisy tak perrnah susahkan aku sampailah sekarang. Dia seorang anak yang independent sangat. Manja-manja tu biasalah tapi tak menyusahkan aku dan suami. 







After 5 years

Salam,

Emm macam mana nak mula ni. Hampir lima tahun aku tinggal blog aku ni. Dah berhabuk sana sini, dah macam rumah usang dah. Last update 2014, pergi main paintball. Lepas tu hilang. Bukan apa, masa tu busy pindah rumah, kerja, laptop dah rosak, zumba sana sini, salsation sana sini. Masa untuk blogging memang dah takde. Nak blogging ni dah la kena perah otak untuk buat content yg baik. 

Tapi, Inshaa Allah lepas ni aku akan mula aktif balik dalam blog ni. Segala apa yang boleh aku share, Inshaa Allah aku akan share.

Sebelum tu, siapa yang belom follow/like socmed aku, sila la buat .

Facebook : Lyn Marzuki
Twitter : lynmarzuki
Instagram : lynmarzuki
Youtube : Lyn Marzuki

Terima kasih

PAINTBALL

Salam,

Hello everyone . Ahad lepas bersamaan 7hb September 2014 dengan hati dan jiwa yang kental aku dengan kawan-kawan sekolah saje nak menceburkan diri dalam permainan Paintball . Saje nak buat aktiviti yang agak ekstremm katanya . Dalam sebulan jugak survey tempat, survey harga pakej semua at last tempat pilihan kitorang di Dusun Ali King Paintball . Credit to Laron sebab suggest tempat ni . Package yang kitorang ambik RM85 satu kepala.

Package RM85.00 kitorang dapat :


  • 500 pallets 
  • Marker
  • Mask + Jacket
  • 3 padang berbeza ( setiap padang main dua rounds x 15min )
  • Nasi Ayam
  • Air mineral
Bagi aku, berbaloi jugak package macam ni untuk beginner macam aku dan kawan-kawan aku yang lain . Padang dia pun mencabar gila sampai ada diantara kitorang jatuh terpeleot, jatuh tergelincir, tersagat dengan ranting kayu, luka kena duri pokok . HAHAHA Kata nak ekstrem.
Kalau nak package w/out meal pun ada . Kitorang apa-apa pun makanan tetap diutamakan. 



Okay, ini masa baru sampai tempat Paintball ni . Semua excited . Pukul 10 pagi game kitorang start . Well, warm up dulu sikit dengan monopod . Nak buang perasaan seram je sebenarnya .

Okay, untuk pakaian seeloknya pakai baju lengan pajang yang TEBAL . Nak sarung 10 helai pun ikut suka korang lah janji TEBAL . Emm dari segi pakaian aku rasa aku dah tersilap langkah. Ecehh poyoss pulak . Kenapa?

Masa main game ni, aku sarungkan dua helai baju lengan pendek *konon nak cover badan* lepas tu sarungkan sweater warna PUTIH . Seluar pun aku sarung dua lapis tapi nipis . Masuk first game, baru nak belajar pegang marker, baru nak feeling ala-ala askar hutan, baru nak seronok tembak sana sini tup tup aku kena tembak dulu . Aku kena tembak di bahagian peha . Sakit ke tak? HAHA Jangan ditanya . Sakit sangat . 
Lagi tak seronok kawan aku sorang ni boleh tertembak aku padahal aku dengan dia satu team. 

Habis satu game, kitorang rest . Masa tu masing-masing bercerita macam-macam. Rupanya aku kena tembak dulu sebab aku pakai baju warna PUTIH, semua orang boleh nampak, memang terus jadi sasaran utama . Masa tu jugak baru aku perasan yang lain semua berbaju hitam, berbaju ala-ala askar (warna hijau ikut warna pokok) . So nak tanak, teruskan bermain.

Masuk game kedua, main kat padang yang luas kemudian cuma ada belon belon besar untuk dijadikan penghadang kita . Masa ni lagi sedih sebab aku kena tembak di kepala . Pening berpusing kejap, angkat tangan keluar dari padang . Pedih sangat . Masa ni aku dah give up gila . Memang tanak main dah . Dan paling sedih, sampai sekarang aku tak tahu siapa yang tembak aku kat kepala . HAHA Dan lagi lagi sedih, sampai sekarang kepala aku masih benjol.

Masuk game ketiga, main di dalam hutan yang memang hutan belantara betul . Masa ni memang dah takde hati nak main tapi digagahkan jugak . Dalam hutan aku seronok sebab aku berjaya tembak musuh dengan tepat . Tapi, sayang seratus ribu kali sayang, musuh yang kena tembak dengan aku sendiri tu ialah suami aku sendiri . HAHA Takpe, dah mintak maap dah .



So far, permainan paintball ni memang mencabar tapi seronok . Seronok sampai even dah habis main, duduk relax pun masih terasa macam ada orang nak attack kita dari depan belakang kiri kanan . Tudiaaa penangan dia . Hebat kan ! Puas hati sangat dengan tempat ni. Marshall yang jaga kitorang masa kitorang tengah main pun sporting habis . Dia bagi briefing yang sangat jelas dan senang nak faham . Kalau tak faham, tanya banyak kali pun dia tak kesah. Sila lihat blog diorang . Highly recommended . Sesiapa nak cuba main paintball datang la kat sini . Tapi, hati, jiwa raga, mental, fizikal kena kuat okay . HAHAHA 

Selain itu, nasi ayam dia pun sedap! HEHE 
Lepas ni aku akan berfikir tiga-empat kali jugak kalau nak bermain . Nak selamat, kena beli baju kebal, sarung tangan kebal, selagi apa yang boleh dikebalkan, silalah kebalkan . 

Okay, ini sahaja untuk kali ni

Thanks for reading
kbai

Happy Birthday To Me !

Hello,

Salam semuaaaa. 
Peliknya dengan diri aku ni dah kenapa sepanjang bulan Mei 2014 ni langsung takde entri hapdet ni ? Sibuk sangat ke aku ni ? Padahal hari-hari ngadap komputer . *usaha memberi alasan yang havoc* LOL . 

Well, takde apa-apa yang menarik pun berlaku sepanjang bulan Mei 2014 cuma ada satu peristiwa aje, ecehhh yang aku nak share . Bukan setakat nak share, nak mengabdikan ecehhh peristiwa ini . ecehhhh Okay, baru-baru ni emm takdelah baru sangat . Dah lepas 10 hari dah *ikut pada tarikh hapdet ni* aku sambut hari jadi aku yang ke-22 . Wow 22 tahun kau ! Umur aku dah 22 tahun . Kau mampu? Macam tak percaya aku dah semakin dewasa, dah semakin tua dan dah semakin besar . Seriously, 22 tahun

Apa-apa pun, syukur alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan aku dengan orang-orang yang aku sayang . ecehhh . Alhamdulillah aku masih bernafas dan masih mampu menjalani kehidupan sebagai seorang Islam, perempuan, anak, kakak, adik, isteri dan kawan . Oh ya, tarikh hari lahir aku pada 20hb Mei . Setiap tahun gua bulat-bulat tarikh tu di kalender dengan pen hokay . PENTING ! HAHAHA 

Nak dijadikan cerita dalam entri ni, nak bagitahu aku dapat suprise birthday party yang awal dua hari . Awal dua hari weh . Hiksss . Thank you to my beloved husbengg yang susah payah buatkan suprise ini dan paling takleh tahan dibantu oleh kawan-kawan aku yang sangat prihatin. Wah gittew . A million thanks to Laron , Diyana , Anna (kawan kepada Diyana), Ekin , Fatin , Siti dan yang aku terkejut Abe Sopie pon ada . LOL Kemain mereka ni buat macam-macam . Apa aku boleh katakan, memang suprise gila . Thank you . 



Seronok tak terkata, last aku celebrate birthday aku dengan ada cake, hadiah meriah-meriah macam ni masa aku sekolah kot . LOL Tak sangka umur dah 22 tahun pun masih dapat layanan sesesuit macam ni . Thank you . 






Inilah muka-muka yang bersusah payah mengatur rancangan haa gittu . Kau mampu ? Terharu sangat tau bila diorang ni buat macam ni . *tarik tisu lelaju* . Dapat red velvet cupcakes, dapat hadiah lagi . Memang betul-betul happy walaupun awal dua hari . Bak kata orang "advance birthday celebration" padahal yang sebenarnya birthday aku jatuh pada weekdays, siapa nak melayan buat suprise birthday macam ni kan time weekdays kan. Semua sibuk iron baju kerja untuk esok, sibuk buat assigment kann kann . Apa-apa pun aku bersyukur dikelilingi oleh mereka-mereka ini . Alhamdulillah . Terima kasih .


Ini birthday presents daripada Laron, Diyana, Ekin, Siti, Fatin dan Abe Sopie kiter . Sweet-sweet je hadiah diorang . Thank you .



Ini hadiah dari kakak aku, Sheila Marzuki . Dapat casing phone dan pluggy . Comel okay . Nak casing phone comel macam tu? Boleh deal dengan kakak aku sebab dia memang jual casing phone printed with affordable price . Hikss sempat pulak aku promote . 



Nampak tak betapa comelnya Hello Kitty ni ? Ini hadiah daripada best friend aku dari aku darjah 6 , Farhana . Macam tau-tau je aku memang suka Hello Kitty ni . LOL Thank you best friend . Botol air ni aku bawak pergi kerja tau . Jangan memain . Terasa comel pulak bila sambil buat kerja, pastu gogok air guna botol air ni . Hikssss . 






Dan ini antara wishes yang aku dapat . Daripada mama, kakak-kakak, adik, best friends, LAFians semua lah . Ingat juga mereka kat aku ni kan walaupun umur dah 22 tahun . emm 
Ini adalah diantara, kalau semua wishes aku nak letak memang sampai esok tak habis scroll entri ni . *bajet* Kalah kang retis-retis kontroversi . HAHA 

Okay lah, once again thank you so much untuk semua ucapan, hadiah, kezutanggg yang telah diberikan kepada aku . I'm so appreciated . Doakan aku panjang umur, sentiasa dimurahkan rezeki dan doakanlah aku cepat-cepat dapat anak . Opss ! 

Thanks for reading
Okay bai .

Tag For Fun : Only One

Hello everyone,

Let's play with this tags . ONLY ONE . Which is you only need to give ONLY ONE answer . No more no less . LOL Credit to Sabrina Tajuddin , one of my favorite blogger who has done this . Okay, It's hard for me to choose one when I have a lot of options/choices/favorites and so on . So let's play and this is only for fun . We always have a lot of options then on the option, we would have chosen the best one for us . There are 15 dead questions and I was dying to answer ! 


1. If I can only have ONE shopping mall to only go, what would it be?
I hope Mid Valley, One Utama,Pavilion, Sg.Wang, The Curve are under one roof so that I can select all the places . LOL But, I would like to choose The Curve . Why? It is because I can get everything over there and the parking is cheap ! 

2. If I can only have ONE restaurant to only eat, what would it be?
The Chicken Rice Shop . My favorite place ever . I would go there once a month . ^.^

3. If I can only have ONE handbag brand/store to only have, what would it be?
Well, I would love to choose Carlo Rino . So sexy !

4. If I can only have ONE shoe brand/store to only have, what would it be?
Absolutely, VincciThere, they have a shoe size that I need, because of the size of my feet are very wide and long .

5. If I can only have ONE clothing brand/store to only have, what would it be?
Emm, Nichii

6. If I can only have ONE accessories brand/store to only have, what would it be?
Teeet, I rarely wear accessories . But, I always buy at Sinma .

7. If I can only have ONE watch brand/store, what would it be?
 I love GUESS design !

8. If I can only have ONE makeup brand/store, what would it be?
 I would love to have Sephora !

9. If I can only have ONE lingerie brand/store, what would it be?
  La Senza lingerie . Aww sooo sexayyyy

10. If I can only have ONE dessert/snack store, what would it be?
 I would love to choose Secret Recipe ! Choc Indulgence WOW !

11. If I can only have ONE tv show/channel to watch, what would it be?
Next Top Models ! (Asia's / American's)

12. If I can only have ONE music/singer/band to listen to, what would it be?
Miley Cyrus ! 

13. If I can only have ONE breakfast menu to eat, what would it be?
Well, it would be Nasi Lemak ! LOL

14. If I can only have ONE grocery store, what would it be?
Aeon Jusco !

15. If I can only have ONE drink to drink, what would it be?
Sky Juice . -,-


I tag to whom may concerned . LOL
Have a nice day ! 

Harum Malam Pujaan Hati Wanita

Salam,

Hello everyone ! Tengok tajuk mesti semua excited nak click dan baca betul? Ececeh . Jangan ler nak berdolak-dalih . Ambo ada kuasa tilik tahu . Okay tipu je . 

So, siapa yang dah amalkan Harum Malam ni? Angkat tangan ! Eh takde sesiapa pun yang cuba ke? Alamak, rugi lah . Tengah hot-hot meletup tahu produk ni . 

Dekat tiga bulan dah aku amalkan Harum Malam ni . Kesannya, banyak rasanya perubahan pada diri aku ni ecehhh . 

Badan rasa segar setiap hari tak kira dah mandi atau belum, rasa kurang mengantuk kat tempat kerja, semangat gila buat kerja sampai rajin tolong pergi peti surat setiap rumah masukkan bil invois mreka HAHA . Kemudian, senang nak bangun pagi, ini memang aku akui (hamboyy ayat) memang berkesan . Sekali dengar bunyi alarm je, aku dah terus bangun . Tak payah nak snooze-snooze dah dan paling penting aku jadi kuat ! 

Hahaha kuat apa? Aku jadi kuat nak memasak sehari 3-4 kali, aku kuat nak sidai baju 3-4 kali dalam sehari, aku kuat nak kemas rumah hari-hari . 
Kalau dulu, malas aku "nauzubillah min zalik"
Memang tak tahu nak cakap la . Hahaha .

Tapi sekarang Alhamdulillah aku semakin rajin wahh gituuu . 





Kandungan dalam Harum Malam ni :



Ekstrak Ros, Sirih, Buah Tin, Kismis, Madu, Goji, Limau Purut, Kayu Serapat, Buah Delima, Manjakani, Pueraria Lobata, Pueraria Mirifica, strawberry, senna . :)

Kelebihan :


  • membantu menyegar & menyihatkan badan.
  • mencantikkan & menaikkan seri wajah.
  • membantu menghilangkan bau badan & mulut
  • melegakan panas badan.
  • menegangkan payudara.
  • memulihkan rasa rapat.
  • mengencang otot kewanitaan.
  • menghalang bau tidak enak serta gatal-gatal.
  • menambah keharmonian suami isteri.
  • menyihatkan rahim.
  • mencantikkan payudara agar sihat & montok.

Khasiat Harum Malam :
  • Membantu menyegar & menyihatkan badan.
  • Mencantikkan & menaikkan seri wajah.
  • Membantu menghilangkan bau badan & mulut.
  • Melegakan panas badan.
  • Menegangkan payudara.
  • Memulihkan rasa rapat.
  • Mengencang otot kewanitaan.
  • Menghalang bau tidak enak serta gatal-gatal.
  • Menambah keharmonian suami isteri.
  • Menyihatkan rahim.
  • Mencantikkan payudara agar sihat & montok.
  • Bertenaga dan mengatasi masalah vagina kering
  • Membantu mengetatkan dan menganjalkan vagina
  • Membantu membunuh bacteria dalam saluran kencing serta mengatasi masalah kerap kencing
  • Meningkatkan system tahan tubuh serta menstabilkan hormon
  • Mengurangkan tekanan dan tension
  • Membantu menganjalkan kulit serta tubuh badan dan mengurangkan kedutan

Cara pengambilan:
Pagi: 1 sudu sebelum sarapan (sudu plastik please!)
Malam: 1 sudu sebelum tidur 
(sudu plastik please!)
**Time period juga boleh minum .

WinkWink*

Selamat mencuba :)

Thanks for reading .