Pulau Perhentian Part 3

Salam,

Hari Terakhir 26/05/13

Hari ini merupakan hari terakhir kitorang di Pulau Perhentian . Sekejap je kan rasanya . Semua dah macam "dah kena balik?" "eh dah nak balik?" "alaa tanak balik" . Sooo gedik . Pagi yang ceria tapi bagi kitorang memang tak ceria sebab dah nak balik kan, kitorang bangun pagi breakfast seperti biasa . Agak lama lepak kat cafe . Menikmati makanan sebanyak yang mungkin sampai semua berebut toilet untuk melepaskan hajat . Beratur jugak la dalam toilet walaupun toilet ada dua . Masing-masing dah lega, jam pun baru pukul 10 so, ada yang decide nak pergi mandi laut depan chalet . Lyn tak mandi . Malas sangat . Rambut pun dah rosak . So Lyn dengan abang-abang tengok je la kawan mandi . Tengok dari chalet sahaja . Seronok habisss mereka yerr . 



Lepak dengan abang-abang . Seronok habiss tengok permandangan

Nampak tak seronok mereka lepak kat pelantar .
Muka tanak balik sanggup g duduk tengah-tengah laut

Nampak tak seronok mereka lepak kat pelantar .
Muka tanak balik sanggup g duduk tengah-tengah laut

sedapnya Alai terapung yerr


Jam 11:30 pagi semua bersiap-siap untuk check out . Pukul 11 pagi pihak chalet dah off elektrik . Agak keterlaluan yaa.. Tak fikir ke orang nak bersiap, nak make up, nak charging . Dalam keadaan panas berpeluh kitorang pun bersiap . Sedihnya nak meninggalkan chalet . Boat pukul 2 baru datang, jadi dah checkout tu kitorang decide nak pergi lepak minum-minum dulu . 


Nasib baik dapat tempat yang agak redup dengan angin sepoi-sepoi bahasa



Berjalan ke jeti untuk menunggu boat

Chop, Chop sebelum tu sempat lagi bergambar dengan t-shirt rasmi LAFIANS FAMILY HEHE . T-shirt ni direka dan dibuat oleh Alai . Simple tapi penuh bermakna buat kitorang . Ahli LAF sebenarnya ramai tapi cuma ini sahaja yang dapat join untuk trip kali ini











Pukul 2 naik bot untuk pulang ke Jeti Kuala Besut . Semakin sebak nak meninggalkan Pulau Perhentian . Terpaksa dan redha . 






Pukul 2:30 petang sampai di jeti . Orang tak ramai, sampai je sempat nak bergambar dengan boatman kitorang Abang Judin . HAHAHA Sporting habis dia . 


Yang berbaju putih itu boatman kitorang
Abang Judingggg lol
Kenangan :)

Sampai di jeti, masing-masing beli souvenir untuk keluarga masing-masing . Untuk pengetahuan korang, kalau nak beli keychain, baju, kain batik, atau apa-apa souvenir, aku nasihatkan belilah di Jeti Kuala Besut . Banyak pilihan dengan harga yang menarik . 

Untuk keychain :
 5 biji - RM10
4 biji - RM10
1 biji - RM3

Berbanding di Pulau Perhentian, memang tak dapat harga macam ni . 

1 biji - RM4
3 biji - RM10
1 biji - RM10

Mahal sangat . Kita nak beli of course berdozen-dozen untuk kawan-kawan, keluarga, sanak saudara . HAHAHA . Untuk baju pun boleh dikatakan murah antara RM25-RM55 . Kain batik ada yang semurah RM25 . Tak sempat Lyn nak belikan kain batik untuk mama sebab kedainya dah tutup . Sempat beli keychain sahaja . 

Bas pukul 8:30 malam, sekarang baru pukul 4 . Kemana kitorang? Apa lagi, semua kata nak beli keropok lekor . Tanya pada orang sekitar kawasan jeti katanya kedai keropok lekor ada depan jalan besar jer . Boleh berjalan jer . Okay, terbitlah satu idea, "apa kata jom kita pergi beli keropok lekor dengan berjalan kaki" . So cari hotel bajet yang dekat dengan stesen bas Sani Express untuk letak beg-beg kitorang . Bilik dah dapat kitorang pun mulakan perjalanan . 
Seronok menapak ramai-ramai . Biarpun panas terik, redah jugak . Jalan sampai ke kedai keropok lekor, kedainya tutup . Takde rezeki . Tanya lagi orang kawasan tu, ada yang cakap, kedai keropok lekor lagi 500meter je . Kitorang pon berjalan lagi .

Memulakan perjalanan dalam panas terik


Berjalan, singgah satu warung makan kelapa jelly dengan otak-otak . Murah je satu seringgit .





Selesai makan sambung berjalan lagi . Sambil berjalan tengok kampung orang . Seronok . Orang pun siap lambai-lambai tangan kat kitorang . Mungkin diorang ingat kitorang dalam acara "Explorace" kot . Baju sedondon je kan HAHAHA

Jalan dan berjalan dan berjalan masih tak jumpa kedai keropok lekor . Tak putus asa jalan lagi sampai jumpa ATM yang satu-satunya ada kat situ . So, kalau korang nak pergi Pulau Perhentian, bawak CASH secukupnya sebab takde yang buat urusniaga guna kad kredit or kad debit . Semua in CASH . Singgah ATM sebab ada yang nak cucuk duit . Sambil tunggu giliran nak cucuk duit, lepak-lepak dulu . 

Dah selesai cucuk duit, mari kita sambung berjalan . Rasanya dah lebih 500 meter kitorang berjalan . Tapi, jalan jela dengan harapan akan berjumpa mana-mana kedai keropok lekor . Sambil berjalan singgah beli makan, air . 

Sambil melantak, tahan teksi untuk ke kedai keropok lekor, rupanya memang jauh lagi kedainya. Pakcik teksi ni baik hati sanggup pusing dua kali untuk ambil kitorang berlapan . Memang jauh lagi sebenarnya kedai tu da kalau kitorang sambung lagi berjalan, memang tak balik la malam tu sebab masa tidak mencukupi . Akhirnya sampai jugak kedai keropok lekor . Pakcik teksi tu tunggu kitorang lagi tu . Sempat lagi dia call kawan dia untuk pick up kitorang berlapan . 





Keropok lekor kat sini harganya tak mahal . Ada yang jual sebatang RM1 , ada yang jual jenis berkilo . Sekilo RM10 ada, Sekilo RM8 pon ade . Boleh rasa dulu tahu . HAHAHA . Masing-masing dah beli, kitorang pun balik ke hotel untuk berehat . Pakcik teksi tu tadi charge kitorang RM20 untuk satu teksi . Berbaloi sebab memang jauh dan pakcik tu siap tunggu lagi . :) 

TERIMA KASIH PAKCIK . 

Sesiapa yang nak perkhidmatan Pakcik ni ini nombor dia 0199461852 (Pakcik Din)

Sampai bilik, relax mandi, solat kemudian pergi makan dekat kedai makan yang ada sekitar tu . Sementara tunggu pukul 8:30 malam, kitorang lepak dalam bilik sambil tengok barang-barang masing-masing . Abang-abang yang dengan kitorang dah naik bas pada pukul 8 malam. Diorang naik Mahligai . Seronok dapat kenal mereka . 

Tepat jam 8:30 malam, kitorang pun naik bas . Sedih sangat nak tinggalkan tempat yang indah ini . Apa-apa pu kena balik sebab banyak kerja yang menanti . HAHAHA Selamat tinggal Terengganu . 

THE END . 

selamat menaiki bas

3 comments:

  1. owh..bercuti kat pulai perhntian..:)

    ReplyDelete
  2. salam..boleh saya tau awak amek pakej dgn siapa ke perhentian??ada contac no dia tak??

    ReplyDelete