Happy Birthday To Me !

Hello,

Salam semuaaaa. 
Peliknya dengan diri aku ni dah kenapa sepanjang bulan Mei 2014 ni langsung takde entri hapdet ni ? Sibuk sangat ke aku ni ? Padahal hari-hari ngadap komputer . *usaha memberi alasan yang havoc* LOL . 

Well, takde apa-apa yang menarik pun berlaku sepanjang bulan Mei 2014 cuma ada satu peristiwa aje, ecehhh yang aku nak share . Bukan setakat nak share, nak mengabdikan ecehhh peristiwa ini . ecehhhh Okay, baru-baru ni emm takdelah baru sangat . Dah lepas 10 hari dah *ikut pada tarikh hapdet ni* aku sambut hari jadi aku yang ke-22 . Wow 22 tahun kau ! Umur aku dah 22 tahun . Kau mampu? Macam tak percaya aku dah semakin dewasa, dah semakin tua dan dah semakin besar . Seriously, 22 tahun

Apa-apa pun, syukur alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan aku dengan orang-orang yang aku sayang . ecehhh . Alhamdulillah aku masih bernafas dan masih mampu menjalani kehidupan sebagai seorang Islam, perempuan, anak, kakak, adik, isteri dan kawan . Oh ya, tarikh hari lahir aku pada 20hb Mei . Setiap tahun gua bulat-bulat tarikh tu di kalender dengan pen hokay . PENTING ! HAHAHA 

Nak dijadikan cerita dalam entri ni, nak bagitahu aku dapat suprise birthday party yang awal dua hari . Awal dua hari weh . Hiksss . Thank you to my beloved husbengg yang susah payah buatkan suprise ini dan paling takleh tahan dibantu oleh kawan-kawan aku yang sangat prihatin. Wah gittew . A million thanks to Laron , Diyana , Anna (kawan kepada Diyana), Ekin , Fatin , Siti dan yang aku terkejut Abe Sopie pon ada . LOL Kemain mereka ni buat macam-macam . Apa aku boleh katakan, memang suprise gila . Thank you . 



Seronok tak terkata, last aku celebrate birthday aku dengan ada cake, hadiah meriah-meriah macam ni masa aku sekolah kot . LOL Tak sangka umur dah 22 tahun pun masih dapat layanan sesesuit macam ni . Thank you . 






Inilah muka-muka yang bersusah payah mengatur rancangan haa gittu . Kau mampu ? Terharu sangat tau bila diorang ni buat macam ni . *tarik tisu lelaju* . Dapat red velvet cupcakes, dapat hadiah lagi . Memang betul-betul happy walaupun awal dua hari . Bak kata orang "advance birthday celebration" padahal yang sebenarnya birthday aku jatuh pada weekdays, siapa nak melayan buat suprise birthday macam ni kan time weekdays kan. Semua sibuk iron baju kerja untuk esok, sibuk buat assigment kann kann . Apa-apa pun aku bersyukur dikelilingi oleh mereka-mereka ini . Alhamdulillah . Terima kasih .


Ini birthday presents daripada Laron, Diyana, Ekin, Siti, Fatin dan Abe Sopie kiter . Sweet-sweet je hadiah diorang . Thank you .



Ini hadiah dari kakak aku, Sheila Marzuki . Dapat casing phone dan pluggy . Comel okay . Nak casing phone comel macam tu? Boleh deal dengan kakak aku sebab dia memang jual casing phone printed with affordable price . Hikss sempat pulak aku promote . 



Nampak tak betapa comelnya Hello Kitty ni ? Ini hadiah daripada best friend aku dari aku darjah 6 , Farhana . Macam tau-tau je aku memang suka Hello Kitty ni . LOL Thank you best friend . Botol air ni aku bawak pergi kerja tau . Jangan memain . Terasa comel pulak bila sambil buat kerja, pastu gogok air guna botol air ni . Hikssss . 






Dan ini antara wishes yang aku dapat . Daripada mama, kakak-kakak, adik, best friends, LAFians semua lah . Ingat juga mereka kat aku ni kan walaupun umur dah 22 tahun . emm 
Ini adalah diantara, kalau semua wishes aku nak letak memang sampai esok tak habis scroll entri ni . *bajet* Kalah kang retis-retis kontroversi . HAHA 

Okay lah, once again thank you so much untuk semua ucapan, hadiah, kezutanggg yang telah diberikan kepada aku . I'm so appreciated . Doakan aku panjang umur, sentiasa dimurahkan rezeki dan doakanlah aku cepat-cepat dapat anak . Opss ! 

Thanks for reading
Okay bai .

No comments:

Post a Comment