PAINTBALL

Salam,

Hello everyone . Ahad lepas bersamaan 7hb September 2014 dengan hati dan jiwa yang kental aku dengan kawan-kawan sekolah saje nak menceburkan diri dalam permainan Paintball . Saje nak buat aktiviti yang agak ekstremm katanya . Dalam sebulan jugak survey tempat, survey harga pakej semua at last tempat pilihan kitorang di Dusun Ali King Paintball . Credit to Laron sebab suggest tempat ni . Package yang kitorang ambik RM85 satu kepala.

Package RM85.00 kitorang dapat :


  • 500 pallets 
  • Marker
  • Mask + Jacket
  • 3 padang berbeza ( setiap padang main dua rounds x 15min )
  • Nasi Ayam
  • Air mineral
Bagi aku, berbaloi jugak package macam ni untuk beginner macam aku dan kawan-kawan aku yang lain . Padang dia pun mencabar gila sampai ada diantara kitorang jatuh terpeleot, jatuh tergelincir, tersagat dengan ranting kayu, luka kena duri pokok . HAHAHA Kata nak ekstrem.
Kalau nak package w/out meal pun ada . Kitorang apa-apa pun makanan tetap diutamakan. 



Okay, ini masa baru sampai tempat Paintball ni . Semua excited . Pukul 10 pagi game kitorang start . Well, warm up dulu sikit dengan monopod . Nak buang perasaan seram je sebenarnya .

Okay, untuk pakaian seeloknya pakai baju lengan pajang yang TEBAL . Nak sarung 10 helai pun ikut suka korang lah janji TEBAL . Emm dari segi pakaian aku rasa aku dah tersilap langkah. Ecehh poyoss pulak . Kenapa?

Masa main game ni, aku sarungkan dua helai baju lengan pendek *konon nak cover badan* lepas tu sarungkan sweater warna PUTIH . Seluar pun aku sarung dua lapis tapi nipis . Masuk first game, baru nak belajar pegang marker, baru nak feeling ala-ala askar hutan, baru nak seronok tembak sana sini tup tup aku kena tembak dulu . Aku kena tembak di bahagian peha . Sakit ke tak? HAHA Jangan ditanya . Sakit sangat . 
Lagi tak seronok kawan aku sorang ni boleh tertembak aku padahal aku dengan dia satu team. 

Habis satu game, kitorang rest . Masa tu masing-masing bercerita macam-macam. Rupanya aku kena tembak dulu sebab aku pakai baju warna PUTIH, semua orang boleh nampak, memang terus jadi sasaran utama . Masa tu jugak baru aku perasan yang lain semua berbaju hitam, berbaju ala-ala askar (warna hijau ikut warna pokok) . So nak tanak, teruskan bermain.

Masuk game kedua, main kat padang yang luas kemudian cuma ada belon belon besar untuk dijadikan penghadang kita . Masa ni lagi sedih sebab aku kena tembak di kepala . Pening berpusing kejap, angkat tangan keluar dari padang . Pedih sangat . Masa ni aku dah give up gila . Memang tanak main dah . Dan paling sedih, sampai sekarang aku tak tahu siapa yang tembak aku kat kepala . HAHA Dan lagi lagi sedih, sampai sekarang kepala aku masih benjol.

Masuk game ketiga, main di dalam hutan yang memang hutan belantara betul . Masa ni memang dah takde hati nak main tapi digagahkan jugak . Dalam hutan aku seronok sebab aku berjaya tembak musuh dengan tepat . Tapi, sayang seratus ribu kali sayang, musuh yang kena tembak dengan aku sendiri tu ialah suami aku sendiri . HAHA Takpe, dah mintak maap dah .



So far, permainan paintball ni memang mencabar tapi seronok . Seronok sampai even dah habis main, duduk relax pun masih terasa macam ada orang nak attack kita dari depan belakang kiri kanan . Tudiaaa penangan dia . Hebat kan ! Puas hati sangat dengan tempat ni. Marshall yang jaga kitorang masa kitorang tengah main pun sporting habis . Dia bagi briefing yang sangat jelas dan senang nak faham . Kalau tak faham, tanya banyak kali pun dia tak kesah. Sila lihat blog diorang . Highly recommended . Sesiapa nak cuba main paintball datang la kat sini . Tapi, hati, jiwa raga, mental, fizikal kena kuat okay . HAHAHA 

Selain itu, nasi ayam dia pun sedap! HEHE 
Lepas ni aku akan berfikir tiga-empat kali jugak kalau nak bermain . Nak selamat, kena beli baju kebal, sarung tangan kebal, selagi apa yang boleh dikebalkan, silalah kebalkan . 

Okay, ini sahaja untuk kali ni

Thanks for reading
kbai

1 comment:

  1. seronoknya dapat main paintball. tak pernah pun main paintball ni walaupun teringinn nak main. hehehe.

    ReplyDelete