Bajet Pernikahan Lyn Marzuki

Salam,

Hello everyone . Dulu bercerita pasal bajet tunang, sekarang nak bercerita pasal bajet nikah aku lah. Ada yang sudi nak membaca? Okay,okay. Nak mulakan macam mana? Excited ni walaupun agak basi untuk review. Untuk nikah ni aku cuba buat sesimple habis! Tapi masih dalam keadaan yang sempurna. 

Okay, untuk pengetahuan bloggers semua aku telah melangsungkan pernikahan pada 5hb Oktober 2013. Di mana? Di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Okay, jom kita mula dengan bajet yang telah aku keluar untuk pernikahan ini . 

1) Dokumen Nikah

Kalau takde dokumen pernikahan, macam mana nak bernikah. HAHA Okay, untuk borang pernikahan, sila pergi ke masjid yang ingin diakad nikah. Mohon borang pernikahan di sana. Isi borang dan lengkapkan segala dokumen yang diperlukan. Segalanya telah tercatat didalam borang nikah. Follow SAHAJA

Untuk LELAKI :

1) Kad Pengenalan Lelaki
2) Kad Pengenalan Perempuan
3) Result HIV Test 
(Kena buat kat klinik kesihatan kerajaan sahajaresult sah selama 6 bulan sahaja

4) Surat Akuan Bujang (Boleh ambil dekat majikan yang beragama Islam ataupun ketua kampung)
5) Sijil Kursus Kahwin 

*semua dokumen mesti original berserta salinan. Buat 2 salinan kalau nak selamat sebab ada yang nak 2 salinan, ada yang nak 1 salinan.


Untuk PEREMPUAN : 

1) Kad Pengenalan Lelaki
2) Kad Pengenalan Perempuan
3) Kad Pengenalan Wali
4) Result HIV Test (Kena buat kat klinik kesihatan kerajaan sahaja) result sah selama 6 bulan sahaja. 
5) Sijil Kursus Kahwin 
6) Sijil Nikah Ibu Bapa untuk mengesahkan anak itu sah taraf.
7) Borang kebenaran berkahwin perempuan (Borang 2) yang dah diisi dengan lengkap.
8) Borang Wali yg dah diisi dengan lengkap
9) Dokumen Kebenaran Berkahwin Luar Negeri (jika berkahwin di negeri lain)

*semua dokumen mesti original berserta salinan. Buat 2 salinan kalau nak selamat sebab ada yang nak 2 salinan, ada yang nak 1 salinan.

Selesai semua dokumen, rasa dah lengkap barulah pergi submit di Jabatan Agama Islam ikut negeri masing-masing.

2) Tempat Pernikahan

Di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dalam masjid ada satu dewan kecil untuk majlis pernikahan . Berhawa dingin . Percuma dan tidak perlu membayar apa-apa.

3) Jurunikah dan Saksi

Jurunikah - Imam di masjid tersebut . 
Alhamdulillah untuk pernikahan aku ni, aku dinikahkan oleh WALIKU sendiri bersaksikan dua orang iaitu abang sulungku dan juga abang iparku . Jap, jap, ade lagi.. ALHAMDULILLAH SEKALI LAFAZ sahaja, aku telah sah menjadi isteri kepada SUAMIKU . HEHE Okay, untuk jurunikah dan juga saksi, kita akan membayar ikut pada jurunikah dan juga saksi tersebut.

4) Baju Pernikahan

- Baju pernikahan aku beli di Semua House, dimana sebelum ini dijadikan sebagai hantaran tunang aku. So, baju tu aku pakai untuk bernikah. Seeloknya hantaran tunang mestilah ada sepersalinan baju untuk dijadikan baju pernikahan. Begitu juga baju melayu suami aku, juga daripada hantaran tunang. Baju pernikahan aku ialah hijau+putih. Baju kurung dan juga baju melayu dibeli di kedai yang sama dengan jumlah RM400.
-Veil beli sendiri di Semua House RM100
-Tudung Nikah beli di Plaza Idaman RM40
-Kasut Nikah (kasut sendiri)
-Bantal Nikah (disediakan di dalam MasjidWilayah) FOC
-Bunga Tangan dibuat sendiri oleh mama (FOC)

5) Catering

Okay, catering yang aku ambil untuk menjamu tetamu ialah daripada Syahana Trading iaitu panel catering di masjid itu . Kebetulan catering ini ialah catering emak kepada kawan LAFians aku AyoiLAF . Untuk catering aku ambil 100pax . Satu kepala RM10 . Menunya Mee kari, lontong, nasi goreng, kuih-muih, buah-buahan, air panas dan air sejuk . Makanan ummi ayoi memang terbaik. 100pax X RM10 = RM1000.

- Dewan Makan - Disewa di dalam masjid. RM150 untuk minimum 4jam . Sila tempah di jabatan pengurusan masjid wilayah . Berhawa dingin.

6) Hantaran

Untuk dulang masih menggunakan dulang semasa tunang, cuma membeli alas dulang kerana warna tema berlainan . Beli di Semua House di Sayang You. Hantaran digubah sepenuhnya oleh mama. Terima kasih mama . Antara hantaran untuk pernikahan aku :

Lyn --> Suami :
Kemeja + Seluar  
Cincin Suasa 
Coklat 
Kek - sponsor by cousin
Perfume
Kasut
Sirih Junjung
Jam
Wallet + Belt
Harga : RM1750

Suami --> Lyn :
Al-Quran
Buah
Gajet
Sirih Junjung
Coklat
Handbag + Purse
Set Mandian
Harga : RM1180

Kemudian

Duit Hantaran
Rantai tangan - batal air sembahyang
Mas kahwin

7) Make up

Make up untuk pernikahan aku telah ditaja oleh kakak aku sendiri Lydia Marzuki . Kawan dia yang make up kan. Alhamdulillah make up dia SUPERB ! Aku suka . Cantik dan ramai yang cakap cantik . anyonyonyonyo . Kalau berminat, boleh contact kakak aku di facebook. Harganya pun berpatutan .

- Inai dilukis oleh orang Punjabi . Dia datang ke rumah . RM70

8) Mini Pelamin

Walaupun aku bernikah di masjid, di rumah juga disediakan mini pelamin untuk aku melaram kat atas pelamin tu. Malam berinai di rumah, aku pakai inai sambil duduk atas pelamin tu . HEHE Mini pelamin telah ditaja oleh kakak aku juga Sheila Marzuki . Mini pelamin yang ditempah ialah daripada Red Ribbon Boutique . Mini pelamin dia comel-comel cantik-cantik sangat . HEHE Untuk mini pelamin, harganya RM500

9) Doorgift 

Untuk doorgift juga ditaja sepenuhnya oleh Sheila Marzuki . Doorgift yang simple sebagai tanda penghargaan kepada tetamu yang hadir . Dari paper bag hingga barang di dalam paper bag semuanya hasil daripada idea Sheila . Doorgift yang diberi ialah kepit kuku dan muffin coklat . :) Untuk 100pax . Satu paper bag berisi kepit kuku dan muffin coklat = RM2.90 . RM2.90X100=RM290.
Dan untuk kanak-kanak, kotak gula-gula . 

10) Photographer

Photographer ialah daripada Bajonz Photography . Pakej-pakej yang menarik dan berpatutan . Aku ambil pakej 

RM1100 
Events: Nikah dan Bersanding
>> 1 x Custom/Story Album 8” x 12” (20 pages)
>> Unlimited pictures taken
>> DVD Pictures Compilation with Printed Disc
>> FREE Thumb Drive 8GB
>> FREE 2 x 8R printed with frame

Kemudian, photographer tambahan oleh kakak aku sendiri iaitu Sheila Marzuki . Nak tengok hasil gambar-gambar daripada beliau ? sebentarrrr . HAHA

Total : RM5000++

WOW banyaknya . Pada mulanya bajet Lyn bawah 5k . Bila dah ditambah itu ini, maka akan bertambahlah jumlahnya . Ok frankly, Lyn memang independent dalam hal ni sebab Lyn tak nak menyusahkan orang . Cuma orang yang Lyn dah susahkan untuk persiapan majlis nikah Lyn ni adalah mama, kakak, kawan baik dan suami Lyn of course la kannn .Jadi, inilah serba sedikit tentang persiapan majlis pernikahan Lyn yang bagi Lyn simple . Simple pun makan 5k lebih . Jadi, sesiapa yang nak bernikah tu, pandai-pandailah aturkan apa yang perlu, apa yang wajib ada, apa yang tak perlu, apa yang boleh lebih kurang . Sekali seumur hidup pun bukan alasan yang kukuh untuk kita membazir dengan banyak . Perbincangan bajet adalah amat penting . Majlis persandingan pada bulan Disember 2013. Untuk bajet persandingan, akan dihapdet kemudian . HAHA


Alhamdulillah segalanya selesai dengan jayanya ! Syukur sangat dan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang menolong, ahli keluarga dan juga tetamu-tetamu yang hadir untuk menyaksikan hari bersejarah saya . AMIN...

Untuk melihat majlis pernikahan saya, lihat SINI . 

Thanks for reading
K bai

11 comments:

  1. Salam, wahhh menarik, tahniah ya :D owh btw, terima kasih sbb mention psl Red Ribbon Boutique, nak g ushar jap lagi, hihi tgk mcm best2 produk nya, :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wlsm, hehe terima kasih . Memang best Red Ribbon Boutique . Try la tgk . Mesti ade yg berkenan nanti

      Delete
  2. Wah menarik.. nak tanyr, mcm mane cara book tempat nikah tuh?

    ReplyDelete
  3. Kak lyn , sy nak tnyer mcm mne nk book dewan nikah tu .. Sy asl selangor tp nk nikah dkt masjid wilayah .. Cmne yer sis .. Dewan ni still available ker tahun 2014 nih ..

    ReplyDelete
  4. awak dah kawen? omg lamanya ain tak singgah sini. tahniahhh!

    ReplyDelete
  5. salam..sis..food shahana catering tu ok x?

    ReplyDelete
  6. Salam. Sesiapa yang ingin mengadakan majlis pernikahan di Masjid Wilayah Persektuan boleh juga hubungi nama di bawah

    Us Mohammad Ashraf Dato' Ibrahim
    Penolong Pendaftar (Jurunikah) Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
    016 217 1278

    ReplyDelete
  7. Assalam sy nk tnyer btol ke yg pelamin x dibenarkn pasang di masjid wilayah??

    ReplyDelete
  8. hi nak tanya catering tu boleh kurang kan per pax tak?

    ReplyDelete